Followers

Sunday, November 9, 2008

Pas kurang ajar campur urusan politik Umno dan lupa diri sendiri !

Allah berfirman : Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.
( سورة المائدة , Al-Maeda, Chapter #5, Verse #105)


Pertama : Kena jaga diri sendiri.

Kedua : orang lain tidak dapat memberi mudarat kepada diri kita.

Maknanya orang lain tidak dapat memudaratkan diri kita jika kita benar benar beriman. Begitu juga apabila terjadi politik wang dalam UMNO, ia tidak akan memudaratkan PAS. Bahkan tindakan menyibuk itu seakan akan ingin mendahului UMNO di dalam menghukum pelaku politik wang sedangkan perkara tersebut sudah ada banyak dilaporkan oleh ahli UMNO sendiri.

Isu PAS membuat laporan BPR isu rasuah UMNO, adalah tindakan pelik lagi ajaib PAS atau Parti Islam SeMalaysia itu.

Ia jelas bertujuan 'menjaga tepi kain orang' dan ingin menunjukkan kepada rakyat merekalah orang yang segera bertindak apabila melihat atau membaca 'kemungkaran'

Namun ia seolah olah menidakkan kenyataan bahawa Lembaga Disiplin UMNO sudah lebih dari cukup untuk bertindak bahkan telah pun menerima lebih kurang 900 aduan berkaitan politik wang setakat ini.

Syed Hamid Albar juga merasa hairan dengan tindakan parti PAS tersebut.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan Pas itu diragui dan dilihat cuba mengganggu urusan pemilihan parti yang tidak berkaitan langsung dengan pembangkang.

''Saya hairan mengapa Pas suka menuduh dan memfitnah UMNO?

''UMNO sendiri ada saluran untuk aduan kes-kes sebegini dan Pas tidak perlu menyiasat sebarang dokumen berkaitan parti,'' katanya

Tindakan Ketua Penerangan Pas Johor, Mazlan Aliman semalam yang membuat laporan kepada BPR kerana terdapat dakwaan rasuah wang pada pemilihan UMNO Bahagian Kota Tinggi, bagi saya tidak lebih dari ingin menyibuk dan mengenakan Menteri Dalam Negeri yang giat melawan orang kuat pembangkang yang melampau batas seperti Teresa Kok dan Raja Petra.

Jika perangkap ini mengena tentu mereka akan bersorak gembira kerana orang besar KABINET telah dijatuhkan maruahnya dengan laporan tersebut.

Mungkin ini juga taktik ingin menguburkan berita penting pembebasan Raja Petra dari ISA yang melambangkan kebebasan institusi kehakiman Malaysia sangat bebas dan tidak 'seburuk' dakwaan pembangkang !

Yang lebih menarik, Syed Hamid berkata :

''Sesiapa pun mesti rela disiasat. Jika Pas sendiri sudah masuk campur urusan parti, kita cadangkan dia sendiri memasuki UMNO,'' tegasnya.

Cuma, yang lagi pelik, di manakah tindakan PAS terhadap artikel Mohd Sayuti Omar berkaitan rasuah politik dalam PAS yang melibatkan ADUN PAS ?

Kata Sayuti dalam blognya : Seorang wakil rakyat terima RM10,000, seorang lagi terima RM15,000, seorang lagi terima RM5,000, seorang lagi terima RM30,000 dan seorang lagi terima RM20,000. Kalau dijumlahkan semua sekali hampir RM100,000 juga. Ini tidak termasuk beberapa ekor lembu yang dihulurkan oleh ahli Parlimen itu.

Seperti komen Blogger NOBISHA :

Saya tidak mengharapkan PAS untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Cukup untuk PAS menegakkan keadilan berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebut:

"Sekiranya anakku Fatimah mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya." (Riwayat Bukhari)
Usah bezakan rasuah dalam UMNO dan rasuah dalam PAS.

Sekarang kita perlu sedarkan PAS bahawa diri mereka masih berdaki dan tidak layak mencuci 'badan' orang lain.

Jangan kuman di seberang boleh nampak tetapi gajah depan mata buat buat tak nampak...

Kesimpulan mudah saya ialah :

Pas kurang ajar campur urusan politik Umno dan lupa diri sendiri ! sedangkan mereka sendiri belum selesai lagi masalah yang sama ..

Firman Allah :

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #44)


Wassalam.



1 comment:

Anonymous said...

Tok Janggut MENCAMPURI urusan Inggeris sehingga dibunuh dan mayatnya diarak dari PP ke KB sehingga ke Kg laut.

Rasuah amno walau bukan urusan pas tapi para perasuah yang menang itu akan jadi pemimpin negara. Harta negara (rakyat termasuk ahli pas) dlm genggaman perasuah.

Malu Tok janggut bila si tolol guna nama dia sewenang2nya.

Rasuah pas di P.Mas? Cuba baca balik blog MSO. Calon Parlimen P.Mas (bebas@Pas) bagi duit kepada 3 calon DUN (Pas) dlm kawasan parlimen P.Mas untuk tujuan kempen.

duh! BPR cepat siasat!!

112413