Followers

Monday, June 28, 2010

Senarai 65 Ulama Dunia Dulu & Kini Tolak Wahabi !!!


  1. Polis telah mengusir Ayman warga Syria kerana terlibat dengan Al Qaeda dan merekrut pelajar di IPT untuk berjihad di negara ketiga. Info sini
  2. Untuk info Ayman ini telah diusir dari UIA namun tetap meneruskan kuliahnya di Gombak. Info lanjut tentang Ayman tengok sini
  3. Info yang baru ditemui juga ialah markas Wahabi Ittiba' Sunnah di Kuala Pilah didapati menyanjung Shamsiah Fakeh. Adakah Wahabi pro golongan Komunis ? Info di sini
  4. Jangan terkejut Presiden PAS juga belajar di Madinah yang menjadi markas fahaman wahabi tulis rakan kita di sini dan sila klik sini untuk melihat dakwaan Osama Laden adalah penganut fahaman keras Wahabi ini.

Sunday, June 20, 2010

Siarkan Artikel Pro Israel di blog, Anwar Ibrahim Terbukti Pejuang Zionis




Ramai rakan-rakan blogger anti Anwar hari ini menulis mengenai kenapa Anwar Ibrahim menyiarkan artikel pro Israel di blog beliau semalam iaitu 16 Jun 2010. Artikel itu secara terang-terangan menulis pendapat Yuval Diskin yang menyatakan kepada media antarabangsa membatal sekatan dan kepungan kepada Gaza akan menyebabkan bahaya dan keadaan tidak selamat kepada Israel. Hal ini disebabkan Hamas yang mereka anggap sebagai pengganas akan mudah mendapat bekalan senjata dan menyerang mereka.

Apa yang dapat dilihat adalah di artikel itu tiada ulasan disertakan oleh Anwar dan menimbulkan tanda tanya adakah Anwar Ibrahim menyiarkannya kerana bersependapat dengan Yuval Diskin, Ketua Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel atau nama hebrewnya the Shin Bet?

Yalah, jika benar beliau tidak bersependapat dengan ketua agensi Israel itu, pasti ada ulasan yang disertakan beliau. Tetapi artikel itu dibiarkan kosong tanpa ulasan seumpama artikel itu sendiri adalah pendirian Anwar.

Bagi Daniel ini semua tidak pelik dan Daniel sendiri telah menulis minggu lalu yang sebenarnya ICG (International Crisis Group) tidak langsung mengkritik Israel terhadap serangan mereka ke atas kapal bantuan Gaza tempohari tetapi hanya menegur Israel yang serangan itu hanya membuatkan masyarakat dunia mengasihani Hamas yang mereka anggap sebagai pengganas. Ini bermakna ICG menyokong dan mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah.

Wednesday, May 12, 2010

PRK Sibu Siri 08 : Video Pembohongan Pakatan Rakyat @ Mandarin & English ( wajib sebar ) 诗巫选举08:视频谎言人民联盟@国语及马来语(可选的蔓延)


Baca juga tulisan Jomo @ http://peranaksama.blogspot.com/


Calon BN, selain daripada mempunyai latarbelakang pendidikan dan politik yang cemerlang, juga menonjol dari calon-calon yang bertanding (lihat gambar diatas). Mempunyai wajah yang ceria, peramah dan keanak-anakkan, memudahkan orang ramai mendekati beliau. Selain dari itu, berikut ialah beberapa perkara yang banyak memberi kelebihan kepada calon BN berbanding calon-calon lain:

1. Lau sigi orang ka dikarap ulih mendiang Lau kena nyambung juluk ati iya mela pengundi ba Sibu.
Robert Lau Jr. merupakan orang harapan Robert Lau Sr. untuk menyambung perjuangannya bagi membela pengundi di Sibu.

2. Pilih Raya 2004 enggau 2008, iya kala nyadi ejen pilih raya ngagai niang Robert Lau Sr. ti madah ke kitai niang sigi arap ke iya.
Pilihanraya 2004 dan 2008, beliau pernah menjadi ejen pilihanraya kepada mendiang Robert Lau Sr. sebagai bukti kepercayaan mendiang terhadap beliau.

3. Megai pangkat Penolong Bendahari SUPP lalu enggau parti ti tuai di Sarawak ari 17 taun ti lalu.
Memegang jawatan sebagai penolong bendahari SUPP dan telah menyertai parti yang tertua di Sarawak sejak 17 tahun yang lalu.

4. Bisi pelajar ba undang-undang.
Mempunyai latar belakang pendidikan undang-undang.

5. Suah dipeda tuchum.
Sentiasa kelihatan tersenyum.

6. Raban Cina ka ke iya laban turun iya endang suah mantu raban Cina ari taun 1901 lebuh ti berangkat ke Sibu.
Disenangi komuniti Cina kerana komitmen keluarganya yang membantu masyarakat di bandar yang pernah menyaksikan penghijrahan kaum Cina pada tahun 1901 ke Sibu.

Melalui semua yang tertera diatas, amatlah mudah untuk kita, dan juga para pengundi membuat keputusan, pilihan ditangan anda. Hendak yang mudah atau yang susah, hendakkan suara anda didengar atau dibiar `menyalak tanpa sahutan'. Memilih BN bermakna anda inginkan pembangunan dan kestabilan yang berterusan, memilih pembangkang bermakna anda ingin konfrontasi dengan pihak kerajaan, dan bukannya mencari jalan penyelesaian bagi semua permasalahan anda di bandar Sibu. Fikir-fikirkanlah......