Followers

Saturday, November 8, 2008

MCA ingin menjadi jaguh PERKAUMAN baru di Malaysia ?





Apabila hak hak Melayu disentuh, disindir, dikritik maka biasanya ia datang dari DAP yang selalu menjadi juara kaum mereka terlebih dahulu. Kata kata seperti  Malaysian Malaysia yang pasti akan mengorbankan ketuanan Melayu hingga hak penduduk majoriti Malaysia ditiadakan, adalah lambang perjuangan Chauvanisme mereka.

Namun sekarang MCA juga turut bersuara seperti mereka. Apakah kerana bimbang sokongan merudum maka MCA terpaksa berbunyi seperti suara yang selalu dilaungkan DAP ?

Dalam politik macam macam boleh jadi. Dan tindakan memperli UMNO dalam konteks mempertahankan bangsanya adalah antara kejadian yang boleh jadi bila bila masa terjadi di dalam sifir politik tanah air.

Apabila Melayu bangkit mempertahankan ketuanan bangsanya mereka digelar perkauman, namun apabila Cina mempertahankan bangsanya apa pula kata kita ?

Ketuanan Melayu bukan untuk menjadikan bangsa lain sebagai hamba dan bukan juga untuk menyekat bangsa lain terus maju di dalam Malaysia. Tetapi ketuanan Melayu adalah untuk memajukan bangsa Melayu selaku penduduk asal Malaysia terutama dari segi ekonomi dan memelihara agama Islam dari ancaman-ancaman yang cuba menjatuhkannya serta menjamin kedaulatan Raja Raja selaku tonggak agama dan bangsa kita.

Apa maksud Ketuanan Melayu ( atau anda boleh namakan juga apa sahaja istilah yang lain ) sebenarnya ?

Konsep ketuanan Melayu itu ialah

1. Islam agama rasmi, 
2. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, 
3. Hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera
4. Kedaulatan Raja-raja Melayu. 

Empat perkara ini tercatat dalam sejarah sebagai asas kepada pembentukan negara yang kita duduki sekarang ini. Namun akhir akhir ini semakin banyak suara termasuk dari dalam BN sendiri yang telah berani ekoran tekanan kalah teruk dalam PRU 12 yang lalu dan mungkin ekoran sokongan hebat yang diterima DAP sehingga mereka dapat membentuk kerajaan di Pulau Pinang selepas 40 tahun berjuang.

Terkini MCA juga seakan akan ingin menjadi jaguh membela bangsa mereka. Walaupun bukan dari satu 'fahaman politik' atau tidak dari parti mereka.



Kata Presiden MCA : 

“Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Jika beliau sedih, maka bangsa kita lagi sedih dengan tindakan ramai kaum Cina sendiri yang jelas meminggirkan bangsa Melayu dengan meletakkan syarat bahasa Mandarin sebagai syarat memohon pekerjaan.

Seolah olah mereka ingin mencabar tindakan kerajaan menjadika Bahasa Malaysia sebagai asas kepada kelulusan memohon kerja di Malaysia. Lalu diletakkan juga syarat 'balas dendam' di atas sebagai tindakan menyekat secara halus peluang anak Melayu di syarikat mereka.

Jika Presiden MCA tersebut sedih, beliau kena pastikan terlebih dahulu punca Melayu sedih lantaran syarat bukan bukan terhadap orang Melayu memohon pekerjaan di syarikat swasta mereka sekian lama termasuk ada dihalang menjalankan kewajipan beragama seperti tudung dan solat Jumaat.


Lihat berita dari Utusan Malaysia yang disalin oleh Malaysian Bar :

PARA majikan syarikat swasta yang dikuasai oleh kaum Cina di negara ini wajar akur terhadap gesaan Perdana Menteri supaya menghentikan amalan mengenakan syarat penguasaan bahasa Mandarin untuk melantik individu mengisi jawatan kosong.

Jika ia diteruskan bermakna jawatan di sektor swasta yang dikuasai kaum itu hanya menjurus untuk mereka berketurunan Cina sahaja.


Kesimpulannya :

Jika nada pemimpin BN seperti GERAKAN dan MCA sudah seperti lidah DAP maka BN perlu mengoreksi kembali serta membuat langkah langkah yang perlu demi menjaga imej dan reputasi BN selaku parti tunggal semua bangsa Malaysia.

Selaku parti komponen kepada pentadbir negara, mereka perlu akur dengan undang-undang yang memartabatkan MELAYU ISLAM RAJA dan BAHASA MELAYU sebagai teras keamanan dan perpaduan kita sejak Merdeka !

Atau bersedia menerima akibatnya jika masih lagi ingin mengungkit perkara tersebut walaupun semua sudah maklum titah Sultan Perak yang jelas inginkan  agar tidak ada pihak lagi selepas ini yang ingin mencabarnya.

Tidak percaya ? Klik di sini

1 comment:

Anonymous said...

Artikel 149 Perlembagaan merujuk antara lain kepada kesalahan menyebarkan perasaan permusuhan antara kaum dan yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam.

Seksyen 8 (1) ISA pula menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun mengikut arahan menteri.

Adakah akta di atas wajar digunakan kepada sesiapa yang mempertikaikan ketuanan Melayu?

Rasanya tindakan tegas perlu diambil..

Sebelum sesuatu akan berlaku !!