Siapa lagi kalau bukan pembangkang yang memang suka mengintai ruang untuk 'membelasah' kerajaan.
Apa jadi ? Angkasawan pertama kita yang juga pertama di dunia berpuasa di angkasa, telah menjadi bahan sasaran.
Kenapa ? kerana jika projek ini berjaya dijatuhkan imejnya maka siapa akan bangga kepada kejayaan besar kerajaan Malaysia ini dan bersemangat menceritakannya ?
Maka usaha mengubah persepsi agar angkasawan pertama digelar pelancong angkasa telah dibuat berterusan dari hari ke hari.
Kapal angkasa yang akan membawa angkasawan pertama negara tersebut ke ISS adalah Soyuz TMA-11 yang dipandu Yury Malenchenko dari Rusia dan jurutera penerbangan Amerika Syarikat, Peggy Whitson.
Beliau berada di sana sembilan hari bermula 10 Okt sebelum pulang ke bumi bersama angkasawan lain, 9 hari kemudiannya.
Di ISS, angkasawan negara akan menjalani tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.
Penghantaran angkasawan negara merupakan program timbal-balas pembelian 18 pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM.
Jadi, adakah benar program angkasawan ini membazir ?
Malangnya itulah realiti mentaliti pembangkang negara kita yang lebih suka melihat kemusnahan dari 'kebaikan' program yang dilaksanakan kerajaan. Hingga tergamak menfitnah beliau dengan kadar bayaran RM 8000 sejam walhal ia dinafikan oleh kerajaan...
Baca laporan berita fitnah terhadap Sheikh Muzaffar yang didakwa menerima bayaran 1.2 di sini
No comments:
Post a Comment