Kesian. Itulah ungkapan yang hamba dapat katakan kepada Raja Petra Kamarudin tentang isu bertudung di dalam artikelnya bertajuk 'The great tudung debate' dan 'The Great Tudung Debate Part 2". Sungguh sedih dan pilu melihat tulisan beliau yang penuh kejahilan lagi menunjukkan tidak bijaknya RPK apabila beliau membuka mulut atau menulis berkenaan dengan Islam.
Pengharapan hamba terhadap beliau ialah beliau bertaubat dan mengikis sikap ego beliau bahawa beliau tahu segala-galanya. Mungkin di dalam ilmu politik beliau memang pakar, namun jika berkenaan agama yang dianutinya, beliau amat menyesatkan.
Mengapa menyesatkan? Untuk mencari jawapan yang mudah, hamba hendak bercerita contoh yang mungkin boleh dikaitkan dengan perlakuan RPK terhadap hukum agama. Contoh yang boleh menjelaskan situasi yang celaru ini mungkin akan mudah untuk difahamkan kepada mereka yang tidak faham dan buat-buat tidak faham.
Contohnya adalah seperti di bawah ini;
Seorang manusia yang di dalam profesyen pekerjaannya adalah arkitek telah menulis di dalam blog peribadinya tentang proses membuat produk dari Manganese Steel;
"Untuk menjalankan proses pembuatan Manganese Steel, takat peleburan yang perlu ada pada relau adalah pada kadaran 78OC dan peratusan manganese mestilah pada kadaran 1.2%. Peleburan boleh dilakukan di dalam masa 10 sehingga 20 minit dengan menggunakan sumber gas asli. Acuan yang boleh digunakan untuk proses pembentukan produk Manganese Steel adalah acuan pasir silika green sand. Coating pada permukaan acuan mestilah digunakan coating berasaskan zircon, ataupun zircon 'base'.Hamba memberhentikan contoh ini setakat itu.
Hamba hendakkan kepastian, jika seseorang membaca 'ayat' di atas, adakah sesiapa yang membaca artikel ini akan bersetuju atau tidak bersetuju tentang apakah yang ditulis oleh arkitek di dalam blognya. Semesti jawapannya adalah mereka tidak tahu kerana berapa sangat kerat manusiakah yang menceburi dan mempunyai ilmu di dalam bidang kejuruteraan faundri di dunia Malaysia ini.
Mungkin pembaca sekelian pun tidak tahu, apakah bidang faundri itu. Perkataan 'faundri' pun mungkin tidak pernah didengar, inikan hendak mengetahui tentang ilmu-ilmu di dalam bidang yang amat jarang sekali masyarakat umum mengetahuinya, malah di dalam profesyen jurutera, tidak ramai yang yang menceburi bidang pengkhususan ini.
Jika si arkitek itu mempertahankan hujahnya tentang tatacara pembuatan manganese steel yang ditulis di dalam blognya, dan beliau mempunyai ramai peminat blognya kerana kepakarannya di dalam mentafsir politik sesebuah masyarakat, maka akan banyaklah gerombolan manusia yang tidak tahu menahu tentang kejuruteraan faundri akan mengomen di dalam blog itu dengan berbagai-bagai komen persetujuan kepada artikel beliau dengan berbagai-bagai tafsiran yang menunjuk-nunjuk kepandaian yang sebenarnya jahil.
Maka apakah jawapannya kepada ayat di atas?
Jawapannya adalah hanya ahli di dalam bidang faundri sahaja yang mengetahui jawapannya. Dan jika ahli faundri membaca ayat di atas, maka sudah pasti jawapan yang akan terkeluar di dalam mulut ahli di bidang faundri itu adalah "rubbish!", "who is this stupid monkey making a stupid statement in his stupid blog?" dan "kah! kah! kah! Ada juga badut cap ayam yang berangan-angan pandai hendak mengajar orang, tapi bodoh dooh lallu".
Ya, itulah jawapan keras yang akan dilemparkan kepada si arkitek yang menganggap dirinya pandai itu. Mengapa jawapannya sekeras itu, ini kerana statement yang dikeluarkan pada ayat di atas memang statement yang amat tidak bijak, sesat, jahil, dungu dan lain-lain seangkatan dengan bodoh sombong.
Maka apabila si arkitek itu menerima kritikan yang amat pedas lagi 'menyakitkan hati' dari ahli di bidang itu, maka si arkitek itu membuat artikel jawapan kepada statement tidak bijaknya itu merujuk kepada pakar bidang kejuruteraan awam. Ya, menjawab persoalan tentang bidang kejuruteraan faundri, beliau merujuk pakar di dalam kejuruteraan bidang buat bangunan yang tidak tahu menahu tentang ilmu di dalam bidang faundri.
Kan ke bodoh sombong namanya itu. Kesiannya.......
http://ibnmustaffa.blogspot.com/2008/09/kesian-rpk-dah-lah-tidak-bijak-sombong.html
1 comment:
Isu 16 September boleh menyumbang kepada perpecahan sesama Pas
oleh : Ramly Ab Halim
-Blogger Meli Kapak Jangak
http://melikapakjangak.blogspot.com/
SEANDAINYA tarikh 16 September ini yang dicanang akan berlaku pertukaran kerajaan dan jawatan Perdana Menteri akan bertukar tangan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi kenyataan, secara tidak langsung ianya boleh mengundangkan kepada PKR-Pas akan pecah kongsi di samping Pas pula akan berpecah dua.
Pada saya isu berkenaan juga yang semacam turut diagendakan oleh kalangan tertentu dalam Pas tanpa dapat dipastikan tujuan dan matlamat sebenarnya boleh membawa kepada kehancuran Pas, satu hakikat yang walaupun sangat pahit tetapi terpaksa juga ditelan.
Tidak mustahil Umno/BN yang diharapkan dan sering didoakan akan lebur, sebaliknya Pas yang akan hancur, Umno akan bertambah kuat dan mantap, Pas yang longlai dan menjadi umpama si buta kehilangan tongkat.
Kalau kerajaan tidak bertukar tangan dan kalau Anwar tidak menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, bermakna gembar gembur dan janji serta jaminan pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri, termasuk oleh agen-agen Pas adalah satu pembohongan yang sangat nyata.
Berbohong, menyokong dan bersekongkol dengan pembohongan adalah perbuatan terlarang dalam Islam dan tidak halal disokong, malah tidak ada cara, alasan dan kias ulamak yang boleh menghalalkannya.
Sebagai sebuah parti yang kononnya berteras, bertunjang, berlandas, berpasak dan berpaksikan Islam, pasti dikalangan ahli Pas tulen yang tulen pula Islam dan iman serta taqwanya akan dilanda rasa berdosa yang sangat kronik bila parti itu tersekongkol dengan suatu pembohongan.
Bahananya mahu tidak mahu akan berlaku konflik antara Pas sesama Pas yakni antara pimpinan dan ahli Pas yang tulen Islam, iman dan taqwanya dengan pimpinan dan ahli Pas yang tidak berapa tulen Islam, iman serta taqwanya dan tidak cukup kenal pula apa itu Pas sebenarnya.
Gara-gara bermain api dengan taktik dan teknik politik berkepentingan peribadi Anwar Ibrahim yang jiwanya tidak pernah selari dengan Pas dan ini terbukti apabila dipecat dari Umno diwujudkan PKR (dulu KeADILan) yang sifatnya tidak jauh berbeza pun dengan Umno, Pas akan terpaksa membayar harga yang mahal bagi menyelamatkan parti itu dari berpecah dan tengadah sesama sendiri.
Datuk Mustafa Ali yang merupakan antara pemimpin penting Pas secara peribadi menyimpulkan bahawa tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada 16 September ini. Saya yakin Mustafa bukan bersendirian dalam membuat kesimpulan itu.
Kesimpulannya itu terang-terang bercanggah dengan apa yang diharap dan diyakini oleh sebahagian lagi pimpinan Pas yang seolah-olah 16 September akan mesti berlaku pertukaran kerajaan dan Anwar pasti akan jadi Perdana Menteri yang sifatnya adalah mendahuhuli dan memaksa takdir, satu lagi sikap yang sangat tidak molek dari sudut hukum hakam.
Ertinya ekoran dari isu 16 September, Pas selaku parti pencabar utama dan merupakan parti pembangkang yang paling digeruni oleh Umno berbanding dengan parti-parti pembangkang yang lain, termasuk PKR, kini ibarat sebuah kapal di tengah lautan bergelora, mempunyai lebih dari seorang nakhoda.
Dalam tempoh seminggu ini adalah masa yang cukup kritikal yang akan menentukan nasib Pas termasuk kerjasama dengan PKR dan juga PR. Kalau mimpi 16 September jadi realiti, Pas beruntung, tetapi jika sebaliknya, Pas akan rentung.
Kalau Pas lemah, apatah lagi rentung sebagai sebuah parti pembangkang, maka kekuatan Melayu dan Islam juga akan lemah. Itu adalah juga sesuatu hakikat kerana kerajaan boleh jadi hebat apabila diattack oleh pembangkang yang juga hebat.
Jika keadaan itu berlaku, jika Pas jadi lemah dan tidak bermaya selepas 16 September ini, maka mereka yang memprojek dan menagendakan isu 16 September adalah merupakan individu dan puak yang mana keturunan akan dikutuk oleh orang Melayu Islam, khususnya oleh mereka yang mana dari keturunan merekalah terasasnya Pas.
Antara keturunan yang terbabit dalam pengasasan penubuhan Pas adalah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri kerana nenda dan ayahnda beliau adalah antara yang menjadi teraju dan pemacu utama dalam penubuhan Pas
disalin semula :
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com/
Post a Comment