Abdul Khalid tidak berjiwa rakyat - Utusan Malaysia
KUALA LANGAT 7 Sept. – Kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa tindakan melawat mangsa ribut adalah membuang masa dan membazir wang menunjukkan pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak berjiwa rakyat.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat yang juga bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar berkata, sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid sepatutnya mengambil berat apa juga masalah yang dihadapi rakyat walaupun mempunyai wakil rakyat dan Exco untuk mengendalikannya.
Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang berkata, tinjauan yang dibuat seorang Menteri Besar juga tidak boleh dianggap membuang masa dan membazir kerana menjadi tanggungjawab seorang pemimpin untuk mengetahui masalah rakyat.
``Jika beliau boleh meluangkan masa berkempen di Permatang Pauh semasa pilihan raya kecil baru-baru ini, apa salahnya beliau meninjau masalah rakyat di tempat beliau mentadbir?
``Bukankah itu tanggungjawab pemimpin dan pada pandangan saya tidak eloklah dikatakan perbuatan meninjau masalah rakyat dianggap membuang masa dan membazir.
``Bukankah melawat orang yang ditimpa bencana itu satu perbuatan yang dituntut dan orang yang dilawat pasti akan berbesar hati kerana ada yang simpati,’’ kata beliau.- Utusan.
1 comment:
Apa daa...tak bermoral langsung alasan.
Nak jadi MB tapi malas. Takkan berjuta juta habis lawat kawasan.
Ke takut jumpa rakyat?
Apa kata undi lagi kat dia nanti.
agak 2 jika nowar naik jadi PM melawat sana sini apa plak alasan dia ye...
Mungkin kata dia : saya sibuk meeting dengan kawan2 di serata dunia..
Dan saya ada coffee boy bersama saya.Takut haus semasa meeting.
Pena Biasa,
http://umnolawanpas.wordpress.com
Post a Comment