Akhir selepas satu demi satu 'petualang Anwar ' ini mencemarkan udara keamanan negara kita, akhirnya beliau ditahan dengan hati terpaksa oleh Kerajaan Malaysia.
Jika hendak dikira terlalu banyak pelanggaran undang undang termasuk melanggar sensitiviti umat Islam dengan menyiarkan berbagai bagai komen dan artikel menghina Islam atau melanggar fahaman asal Islam oleh Raja Petra ini tetapi kerajaan masih memberi peluang kepada beliau.
Sebelum ini beliau ditahan beberapa hari sahaja. Ingatkan ada perubahan namun tidak ada sedikitpun.
Bahkan semakin hebat lagi dan terbaru debat isu tudung ada dimainkan juga. Sebelum itu artikel menghalalkan homoseks pun ada.
Memang keji menggunakan saluran blog untuk memburukkan sesiapa sahaja dan menghalalkan apa sahaja yang dirasakan sesuai oleh fikirannya.
Mungkinkah RPK akan bertapa 2 tahun di dalam sana ?
Mungkin juga dia semakin popular selepas keluar nanti ?
Atau berubah menjadi "Ezam baru" ? yang sudah sedar semasa ditahan ISA?
Andaian andaian tersebut sukar diteka kerana beliau baru sahaja dikenakan tindakan ISA. Namun seperti kita jangka beliau akan dijadikan isu untuk menutup kemaluan Anwar menumbangkan kerajaan kita sekarang dengan tawaran ( jangan baca : rasuah jawatan menteri ) kepada MP BN yang sekarang ini riang gembira di Taiwan.
yang melucukan ialah kesungguhan Tian Chua ( peminat yahudi George Soros ) dan geng akan terbang membontoti mereka yang sedang berhibur melihat pertanian di sana.
Adakah sangat terdesak sehingga sanggup terbang membontoti setiap orang ?
Malunya saya jika jadi Tian Chua tetapi demi kuasa orang sanggup lakukan apa sahaja.
Dengan khabarnya duit 1 billion sudah sampai untuk diagihkan kepada MP BN. Benar atau tidak pun sukar kita sahkan di ruang yang terbatas dan dengan sumber maklumat yang sangat terbatas juga.
Namun, syabas dan tahniah atas tindakan berani kerajaan mengenakan ISA kepada Raja PEt ini dan moga moga ramai lagi akan dikenakan ISA juga jika mereka berani mengganggu negara dengan fitnah dan akuan sumpah berunsur fitnah untuk mencari keuntungan politik yang sedikit sedangkan negara mengalami kerugian yang tidak sedikit atas kecelaruan politik Malaysia selama ini.
1 comment:
Padan muker setan RPK..
memang setan bulan pose ni kener kurung..
Post a Comment