Zulkifli Nordin sudah diberi surat tunjuk sebab...dan akan menghadap Jawatankuasa PKR pada 9/9/08 minggu hadapan ...
Bukti jelas PKR hanya menjaga perasaan bukan Islam tanpa menghiraukan sensiviti Melayu Islam...
Lihat luahan hati beliau di blog yang saya sempat salin kembali di bawah ini...
Rakan blogger boleh membela YB Zulkifli Nordin ini kerana ketulusannya mempertahankan Islam dari dihina Majlis Peguam tempoh hari.
Satu tindakan degil selepas dibantah ramai pihak termasuk Menteri ...
Mari kita lawan sampai nafas terakhir kita di dunia ini mereka yang ingin hina Islam !!!!!!!!!!
07 September 2008
Assalamua'laikum to all,
Hari ini PKR memberikan saya notis tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos.
Kesalahan yang saya didakwa lakukan adalah kerana menghalang forum "Masuk Islam: Artikel 121(1A)" yang jelas menghina Islam dan institusi Islam yang dianjurkan secara terbuka oleh Majlis Peguam walaupun bantahan jelas dibuat oleh umat Islam dari pelbagai lapisan dan latar belakang.
Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak. Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan & kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 Sept. Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi disisi Ilahi.
Saya pasti akan berdepan dengan Jawatankuasa ini yang dijadualkan pada 9 Sept @ 10am nanti. Insyallah yang hak tetap akan dilindungi ALLAH..Aamantu billah summastaqim.
Adios..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
blog beliau di sini
No comments:
Post a Comment