Followers

Friday, July 18, 2008

Apabila Perdana Menteri mencabar Anwar Ibrahim untuk ujian DNA !!

Jarang Pak Lah mencabar orang... Pak Lah orang baik. Namun kebaikannya disalahguna.

Akhirnya Pak Lah mencabar pembangkang utama ; Anwar Ibrahim yang telah diberi muka sekian lama hingga disaksikan berjuta juta rakyat Malaysia malam 15 Julai lepas di dalam debat pertama dalam sejarah Merdeka seorang pembangkang diberi peluang bersuara di pentas debat bagi memberi gambaran jika memerintah rakyat...

Baca cabaran Pak Lah kepada Anwar agar membuat pemeriksaan DNA...

PM cabar Anwar buat DNA - Berita Harian

oleh Wan Hazmir Bakar



PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel DNA beliau bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan meliwat jika beliau benar-benar tidak terbabit dengan perbuatan itu.

Perdana Menteri berkata, itulah cara mudah untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuktikan beliau tidak bersalah terhadap dakwaan yang dibuat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Kalau dia betul-betul tak terlibat apa-apa, bagi sampel, buat sekarang...kita tengok hasilnya yang tak buktikan apa-apa yang dia lakukan," katanya pada sidang media selepas melancarkan projek pemasangan peralatan penjimatan petrol, Hydrofuel, pada teksi dan kereta sewa di Dataran Putra di sini, petang tadi.

Beliau mengulas keengganan Anwar membenarkan sampel darahnya diambil untuk perbandingan DNA ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam Rabu lalu.

No comments: