Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.
sumber : http://www.malaysiakini.com/news/86193
Anwar sudah dikenakan waran tangkap ekoran gagal hadir selepas diminta pihak polis semalam seperti laporan Utusan :
Waran tangkap Anwar-- Bagi membantu siasatan kes liwat – Pegawai Penyiasat
KUALA LUMPUR 15 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim kini disenaraikan sebagai suspek dalam kes liwat yang melibatkan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya.
Status Anwar sebagai suspek jenayah liwat diberitahu oleh pegawai penyiasat kes itu, Deputi Supritendan Jude Pereira kepada peguam Anwar hari ini.
Anwar disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan, iaitu peruntukan mengenai jenayah seks luar tabii.
Peguam S. N. Nair yang mewakili Anwar memberitahu pemberita di sini petang ini, waran tangkap ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang ditandatangani oleh Pereira.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields itu telah mengirimkan surat tersebut kepada Nair melalui faks pada pukul 1.06 petang ini.
Polis memberi tempoh 24 jam sehingga pukul 2 petang esok kepada Anwar untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini bagi memberi keterangan atau berdepan dengan tindakan penahanan.
Kata dua itu dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin pada sidang akhbarnya di IPK Kuala Lumpur tepat pukul 2 petang ini.
Menurut Mohd. Bakri, keterangan Anwar diperlukan bagi membantu siasatan dakwaan liwat melibatkannya.
- kenyataan akhbar ini jelas menguatkan kita bahawa Anwar dan peguamnya sudah tahu bahawa apabila waran tangkap sudah dikeluarkan maka tidak ada alasan lagi untuk melarikan diri atau mengatakan polis tidak bertamadun seperti kata Azmin.
Tidak bertamadun ? gila ke apa Azmin ni ! sepatutnya dia patut dikatakan gila kerana mengata polis tidak bertamadun sedangkan satu persatu kita lihat polis memberi masa dan peluang bagi Anwar. Jika mahu polis boleh tangkap dari semalam lagi tetapi polis masih memberi peluang Anwar ' famous' sekejap sebelum ' lagi famous' dengan ditangkap hari ini dan pastinya akan menjulang namanya ke seluruh dunia.
Anwar ingin ditangkap dan Anwar telah mendapatnya .... Adakah rakyat akan terkesan lagi dengan 'drama' dari 'pelakon popular ' ini ?
Ada kalanya pelakon pun ada 'monopause' dan perlu berhenti dari berlakon lagi !!!!
No comments:
Post a Comment