Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan bahawa beliau telah ditelanjang dan diaibkan ketika menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur Rabu lalu.
"Hospital (Kuala Lumpur) kata saya tak ditelanjang, (tapi) dia suruh buka baju, buka seluar, kemudian suruh buka seluar dalam, itu bukan namanya telanjang atau ada nama lain, bogel bukan telanjang," katanya.
Mantan timbalan perdana menteri itu menegaskan demikian dalam ceramahnya di kampung Razali, dekat Kuantan, malam tadi, demikian menurut laporan Bernama.
Anwar, 61, dibawa ke HKL pada hari beliau ditahan pada 16 Julai lalu untuk menjalani ujian DNA berhubung aduan liwat oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.
Ketua Umum PKR itu kemudiannya dibawa balik ke Ibu pejabat polis Kuala Lumpur pada jam 10.34 malam selepas menjalani pemeriksaan perubatan tersebut.
Anwar berkata beliau hairan bagaimana pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah ditelanjangkan ketika menjalani pemeriksaaan perubatan itu.
Pengarah HKL nafi
"Ini kita nak percaya macam mana, saya tak buat salah tapi saya ditelanjangkan, sebab saya menjadi jurucakap rakyat, dan inilah hukumannya, diaibkan, difitnah, ditelanjangkan," kata Anwar.
Semalam, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata sebelum pemeriksaan itu, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau.
Anwar kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu, kata Dr Zaininah dalam kenyataan kelmarin.
Berucap di hadapan lebih 5,000 orang itu, Anwar berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil pihak HKL kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lalu didakwa telah dimanipulasi pihak polis.
"DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini," dakwa Anwar.
Anwar kata dia ditelanjangkan dan Hospital Kuala Lumpur kata tidak.
Mana satu betul mana satu menipu ? Wallahu A'lam...
Cuba kita analisa, jika HKL menipu, dia akan disiasat dan dikenakan tindakan tatatertib...Manakala jika Anwar menipu dia hanya lebih untung kerana berjaya menipu sejumlah besar rakyat negara ini dan menjadikannya di dalam imej ' dizalimi'...
Anwar cuba sebelum dan selepas ditangkap tempoh hari dengan gambar gambar mata lebam. Lepas tidak berjaya dia gunakan isu isu lain bagi menarik simpati rakyat. Di tengah tengah isu Yahya Shaari meletakkan jawatan selepas digantung tidak bertali oleh MB Khalid Ibrahim, Anwar telah dikaitkan dengan liwat dan sehingga sekarang kita tidak pasti ini konspirasi Anwar sendiri atau kerajaan.
Yang jelas, isu ini terbahagi dua 'keuntungannya' separuh kepada kerajaan dan separuh lagi kepada Anwar dan pembangkang sendiri.
Selepas isu tersebut berjaya dialihkan Anwar sekali lagi berkata beliau ditelanjangkan selepas kes Adun PKR ditumbuk di Kelana Jaya oleh PA Nik Nazmi - bekas pewaris diari merah Anwar..
Jika konsert Carburator Dung di protes rakyat tempoh hari dikaitkan dengan sikap tidak puas hati Hishamuddin - mengikut khabar dibawa angin - kali ini saya cenderung mengatakan bahawa ia satu lagi angkara' dendam atau marah' ahli PKR kepada Anwar sehingga mereka sanggup bergaduh sesama sendiri samada dirancang atau tidak terancang dan tanpa 'skrip' ...
Justeru, isu Anwar ditelanjangkan boleh menutup mata rakyat ke arah isu tumbuk menumbuk tersebut sedangkan kita tahu Adun BN tidak ada perangai menumbuk sesama sendiri seperti ahli PKR tersebut. Yang lebih memalukan Adun yang ditumbuk tidak sempat merakam kejadian tersebut sedangkan beliau sendiri adalah 'jurugambar video' terhebat setakat ini kerana berjaya merakam adengan VK Lingam memberi arahan perlantikan Hakim yang setakat ini masih diragui kesahihan lakonan tersebut samada dibayar atau terbayar dengan sendiri..
Biasalah mana ada orang tidak mahu duit..Namun mendapatkan duit dengan menjadi 'pelakon' bagi adengan ' mencemarkan' nama baik Institusi Kehakiman dan juga nama baik negara, ia satu perbuatan derhaka kepada negara dan boleh menggoncangkan kestabilan dan meruntuhkan kedaulatan kerajaan.
Akhir sekali kita akan teringat bahawa ' Laknat Allah ke atas orang yang berdusta ' akan menimpa sesiapa berani menipu .....
Ertinya jika Anwar menipu, dia akan dilaknat Allah walaupun belum lagi sempat bersumpah !!!
No comments:
Post a Comment