Followers

Sunday, November 2, 2008

UMNO sudah sah akan menerima Presiden baru Mac 2009 !

http://www.1uptravel.com/flag/images/m/my%7dumno.gif


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan kedudukannya untuk menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO selepas menerima 134 pencalonan sehingga pukul 6 petang ini. 

Jumlah pencalonan itu menutup peluang calon lain untuk melepasi kuota kelayakan 58 pencalonan sekiranya mahu menentang Najib pada pemilihan Mac depan. 

Bahagian yang mencalonkan beliau hari ini ialah Teluk Kemang, Tawau, Kota Raja, Jerantut, Segamat, Ayer Hitam, Kulim/Bandar Baharu, Batu Kawan, Tampin, Sekijang, Tanjung Malim, Kapar, Kuala Pilah, Indera Mahkota, Balik Pulau, Pandan dan Klang.

Seorang lagi calon yang menawarkan diri untuk jawatan Presiden UMNO, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang setakat ini memperoleh satu pencalonan daripada bahagiannya sendiri, semalam. - Utusan

http://amarrazali.blogspirit.com/images/medium_logo_umno.jpg
Selain itu Tan Sri Isa Samad  juga telah layak bertanding jawatan Naib Presiden. Beliau disahkan pada 7.15 pm  menjadi calon keenam layak bertanding jawatan naib presiden selepas melepasi kelayakan maksima 20 pencalonan.

Isa mengesahkan beliau telah memperolehi 21 pencalonan sehingga lewat petang ini ketika dihubungi Malaysiakini

Lima calon yang telah layak bertanding naib presiden sebelum ini ialah

  1. Datuk Hishammuddin Hussein yang mendapat 109 pencalonan, 
  2. Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (78),
  3. Datuk Shafie Apdal (56), 
  4. Datuk Khaled Nordin (60) 
  5. Datuk Syed Hamid Albar (24).

Isa berkata, beliau mendapat 14 pencalonan semalam dan menambah tujuh lagi pencalonan hari ini.

Menurutnya, beliau mendapat pencalonan itu dari bahagian Ayer Hitam, Muar, Teluk Kemang, Kuala Pilah, Tampin, Teluk Intan dan Kapar. 

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (16), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).  



Pesan Tok Janggut :

Kepada yang layak bertanding, doalah dan hindarilah dari politik wang. Kerana tok janggut ada baca BPR bersedia siasat isu politik wang ini.

Kepada yang tidak layak, sokonglah pemimpin yang telah layak dan berkelayakan. Bukan 'berwang' atau ' berkuasa' demi mengelakkan politik menjadi alat menjadi 'kaya segera'.



1 comment:

Anonymous said...

gambar tu mcm gambar Ku.

Tok Janggut ambil dari mana ?