Dalam senario terkini, kemenangan besar Datuk Seri Najib Tun Razak dengan 141 undi setakat ini dari 142 bahagian petanda bahawa peralihan kuasa idea Presiden Parti Datuk Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi direstui oleh akar umbi. Pencalonan terbanyak yang diperolehi Datuk Seri Najib melambangkan sokongan kuat diterima oleh beliau kerana ramai berharap keadaan negara dan parti khasnya akan bertambah baik di bawah era kepimpinan Datuk Seri Najib.
Malangnya di celah celah kemenangan tersebut, masih terdengar lagi suara sumbang menidakkan atau cuba mengotorkan kemenangan bersejarah yang disahkan sudah oleh UMNO sendiri menerusi suara akar umbi, dengan mengemukakan idea bahawa saingan Najib iaitu Ku Li kalah dan tewas kerana mainan politik wang.
Memang kita telah dan sering mendengar tentang sogokan wang ini dan kita tahu tuduhan perlu disertakan dengan bukti yang kukuh. Dalam hal ini Lembaga Disiplin UMNO tentu lebih terkehadapan dan BPR juga tentu sudah mengatur 'bidak' untuk melihat aksi menabur wang ini serta menangkap watak utama di belakangnya.
Adakah semua calon membeli 'pencalonan' mereka ?
Rasanya terlalu banyak untuk dihitung dengan jumlah pencalonan tersebut kerana tidak semua bahagian 'terlalu bodoh' untuk meminta atau menerima wang semata mata memberi undian dan melupakan kewibawaan calon melebihi dari tawaran kosong seperti yang diberikan oleh Ku Li.
Adakah anda merasa orang berpengalaman dalam Kabinet seperti Datuk Najib tidak layak dan Ku Li yang hanya hebat di Gua Musang lebih layak walaupun tidak mendaki hieraki parti seperti Najib? Bahkan pencalonan Ku Li juga hanya diperolehi dari bahagiannya sendiri. Pelik bukan !

Jelaslah tawaran Ku Li hanya satu lagi tindakan mengacau parti selepas 20 tahun pernah melakukannya satu ketika dulu.sehingga parti diharamkan dan menyebabkan UMNO terpaksa didaftarkan semula atas nama baru dan keahlian baru.
Adakah itu yang Ku Li mahu dan turut mahu memalukan UMNO dengan dakwaan di atas ? Kenapa dakwaan tersebut hanya TIMBUL selepas Najb menang tempoh hari ?
Berita lanjut sila lihat di sini.
2 comments:
dah kalah tu buat cara kalah laa.
mungkin betul kot...dah ada 900 aduan tu !
tapi takkan 141 bahagian sokong sbb dpt wang ?
pelik la.
Post a Comment