Jawatan PM atas sokongan majoriti
PUTRAJAYA 12 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas pihak tertentu yang cuba membangkitkan persoalan tentang keperluan mempunyai seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu atas alasan agar negara tidak dilihat mengamalkan perkauman.
Bagi beliau, tindakan membangkitkan persoalan tentang Perdana Menteri bukan Melayu itu sendiri sebenarnya adalah bersifat perkauman.
‘‘Tidak sepatutnya soalan itu ditanya, sama ada Melayu atau bukan Melayu. Tidak kira Melayu atau bukan Melayu, jika seseorang itu diterima oleh rakyat Malaysia, dia layak untuk menjadi Perdana Menteri.
‘‘Sudah tentu berbeza dengan Singapura, tidak ada pemimpin bukan Cina yang boleh menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada siri syarahan Perdana ‘Bangsa Malaysia’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Menurut bekas Perdana Menteri, undang-undang negara menetapkan sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri dan tiada sebarang spesifikasi bahawa pemimpin negara mesti diketuai oleh orang Melayu.
‘‘Tetapi spesifikasinya ialah orang yang layak menjadi Perdana Menteri adalah pemimpin kepada sebuah parti yang majoriti, jadi janganlah tanya sama ada dia Melayu, Cina atau India.
‘‘Sepatutnya tanyalah kepada pakatan pembangkang, kenapa pilih (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi pemimpin, mengapa tidak orang Cina,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pemerintahan yang dikuasai oleh parti berasaskan kaum masih lagi relevan bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin apatah lagi ia ternyata berjaya mengurangkan perdebatan perkauman sejak 50 tahun lalu.
‘‘Di Malaysia, kita yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh bekerjasama secara politik dan sebarang usaha untuk menghapuskan amalan itu perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan bukannya mengejut,” katanya.
Beliau berkata, parti berasaskan kaum masih diperlukan kerana rakyat Malaysia belum bersatu sepenuhnya sehinggakan rancangan kerajaan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan telah ditolak.
‘‘Hendak buka sekolah yang membolehkan anak-anak kita (pelbagai kaum) belajar bersama-sama pun ditolak, jadi macam mana kita hendak ketepikan kaum, anda tolak Sekolah Wawasan bermakna anda mahu kekalkan perasaan kaum, katanya.
1 comment:
salam...
aku hairan betul la dengan orang orang yang tak setuju dengan tun ni...nak kata bodoh sombong tak juga...tapi kesian orang tua tu...makin dihentam..makin lantang bersuara...dalam chedet.com tu sampai orang komen beratus ratus....nak kata hantu...yang komen tu..nampak cerdik cerdik juga...
yang aku pasti...tun menulis dengan cara yang tersendiri..tak banyak putar putar...orang mudah faham...sindirannya cukup tajam...dan sapa yang kata tun tuduh atau buat fitnah...silakan buat laporan....hari tu...ada suruhanjaya video linggam...juga kaitkan tun...bila tun cabar suruh bawa dia bicara kat mahkamah...senyap...macam kes ian chin baru-baru ni juga...lepas tun buat press statement...senyap...kepada blogger dan pengkritik tun...aku juga harap kamu juga menulis dengan fakta...dan aku lebih gembira lagi bila ada sesiapa kat malaysia ni yang nak berdebat dengan tun...aku nak tengok siapa berani...paklah...kj...sukj...najib...anwar...kit siang...karpal...nik aziz...silakan....buat siaran lansung lagi best...aku nak tengok siapa yang kena belasah dan siapa yang lebih bijak berhujah...silakan...kat situ kita boleh nilai...orang tua tu dah nyanyok ke apa...mudah lupa ke apa...ni tidak...baru nak pergi PAU tahun lepas..sekat...rasuah rm200...perwakilan kat kubang pasu pun kena sama...apa nak takut kat orang tua tu...biar la dia pergi kat PAU...dia ahli umno no 01,siti hasmah no 02...kamu nak takut apa..panggil la orang tua ni ke mesyuarat tertutup MT ke apa...kamu belasah la cukup cukup...ni tidak...takut kat orang tua ni...mengata jauh jauh boleh la...
kalau kita buat rumah elok elok..hias dalam dan luar elok elok...dok situ 22 tahun..tiba tiba orang baru datang...ubah itu ini...tak ambil pendapat tuan asal...mestilah tuan rumah asal terasa hati walaupun dia pun menumpang juga dulu...nak mengenang budi...jauh sekali...
kalau tun buat statement pasal non malay juga berkemungkinan boleh jadi PM malaysia...heboh suratkhabar dan media kawalan kerajaan hentam tun...tuduh tun penderhaka bangsa la...eh aku nak tanya sikit...kepada kamu yang rasa banyak jasa kepada negara...apa jasa kamu pada malaysia ni???....kalau tak ada jangan dok banyak cakap hentam orang tua tu....
sebelum kamu semua hentam orang tua ni..kamu dah baca ke buku buku tulisan beliau...dalam bukunya THE CHALLENGE...topik topik yang ada :
polemics/the poor are poorer,the rich,richer!/the educational dilemma/west and east/materialism and spirituality/the malays and communist influence/a system of values and the malays/spirituality and the modern challenge/pressure groups in a democracy/nasionalization of foreign industries/organization and discipline/corruption/umno and unity/Quo Vadis Malaysia?...
orang tua tu tulis buku ni 1986 lagi...
sebelum kamu kutuk orang tua ni...kamu baca dan hayati idea,pemikiran dan gagasan orang tua nyanyok ni dulu....baru boleh kamu kata kamulah yang paling bijak dan kamulah pejuang bangsa yang sejati...lebih baik lagi jika kamu baca bukunya yang penuh kontroversi sebelum ini..malay dilemma....
disini aku nak petik tulisannya dalam tahun 1986...22 tahun lepas... dalam bukunya the challenge..perenggan terakhir,topik last...Quo Vadis Malaysia...barulah kamu tahu sejauh mana pandangan manusia bernama mahathir ini...dia dah cakap dan tulis benda ni 22 tahun lepas...tapi mengapa baru sekarang kamu melatah...beliau menulis...m/s 165...
"Will malaysia too follow this trend? will a democratic government prove too weak to overcome the problems mentioned above,and will it be replaced by a dictatorship? or will malaysia gradually become paralysed and finally disintegrate because it cannot solve its problems?or will realization of all this cause malaysians and their leaders to work side by side to preserve the integrity and sovereignty of malaysia and the characteristics which have so far managed to make malaysia a multiracial nation that is successful and progressive in the true sense. Quo Vadis malysia??
wassalam.
sangtawal@yahoo.com
Post a Comment