Untuk menulis sebenarnya memerlukan pemikiran yang kritis. Waktu yang sesuai dan juga persiapan yang mencukupi. Menulis secara ' berleter' menjadikan kita seperti tin kosong yang bunyinya bising tetapi kosong dari isi yang boleh dinikmati oleh pembaca. Menulis dengan jiwa berserabut dan penuh habuk hanya menjatuhkan nilai tulisan di ' hati' pembaca.
Satu persatu 'Pakatan Rakyat' telah cuba menjadikan hak hak keistimewaan Melayu menjadi bahan menarik sokongan politik. Rakyat semakin lama semakin marah dan nampaknya mereka tidak sempat lagi bergaduh sesama sendiri kerana melihat bagaimana situasi tidak mengizinkan mereka berbuat demikian.
Setiap yang negatif ada positif di sebaliknya.
Kesan dari kenyataan MB Khalid yang inginkan 10% dibuka kepada bukan Melayu tersebut, kita melihat rupa rupanya generasi muda masih lagi bersemangat mempertahankan keistimewaan Melayu yang diistimewakan oleh Kerajaan di sebuah institusi bernama UiTM. Ini satu pandangan positif berkaitan isu ini di pihak saya.
Keriuhan anak anak muda kita di Shah Alam, Sarawak dan terbaru Permatang Pauh menunjukkan mereka masih lagi segar dengan isu isu yang terjadi di sekeliling mereka dan sudah pastinya generasi yang sedar diri inilah bakal menjadi pelapis kepada kebangkitan melayu di zaman hadapan dengan kekuatan minda dan jati diri yang tinggi berlandaskan iman dan takwa kepada Allah Taala.
Semoga Allah merahmati anak muda ini dan menjadikan mereka sentiasa berada di dalam jemaah menyatu padukan bangsa dan menolak politik berbentuk fitnah kata kata kesat dan perbuatan khianat sesama ahli dan sesama bangsa Melayu sendiri...
Kemodenan rupanya tidak dapat memandulkan benih benih bakal pemimpin masa hadapan dari terus perihatin dan cakna dengan suasana sekeliling mereka....
Berkat muafakat sesama anak bangsa maka mereka dapat bersatu tidak kira lelaki dan perempuan demi mempertahankan agama mereka dari dinodai 'tangan tangan' yang tidak senang dengan kemakmuran negara yang terhasil dari keimanan dan ketakwaan kepada Allah Yang Esa. Yang ingin meliberalkan agama dengan menjadi pak turut kepada agenda bukan Melayu yang tidak setuju dari dulu isu hak hak istimewa yang termaktub di dalam undang undang sejak awal pembentukan kemerdekaan.
Hidup Melayu !
No comments:
Post a Comment