Mak Cik Musalmah Lebar mengambil peluang 'memukul' saya. "Zal, tok guru pun sama. Dia lantik menantu dia. Dia sayang menantu dia. Bukan Pak Lah saja sayang menantu."
"Bila?"
"Tadi, dia cakap dalam berita."
"Saya tak dengar. Tak tengok. Baru tiba dari Perlis. Apa katanya?"
Mak Cik Musalmah Lebar senyum perli, "Hai biasa sebut 'tok guru', sekarang dah tak ada. Dia kata Rasulullah pun lantik kroni dia. Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali itu semua kroni Rasulullah."
"Ooo. Betul ke dia cakap begitu? Kak Sal tahu tak apa sahaja kata dan perbuatan Rasulullah itu adalah wahyu. Ucapan Rasulullah tak boleh dianggap sebagai nafsu dan kehendak dia semata-mata. Rasulullah tak pernah nyanyuk dan tak pernah tersalah cakap."
"Maksudnya?"
Saya pun membebel memberitahu Mak Cik Musalmah Lebar tentang ayat "Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kamahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanya wahyu yang dibawakan (kepadanya)." Surah An-Najm, 53:3-4
"Jadi?" Tanya Mak Cik Musalmah Lebar terkebil-kebil.
"Rasulullah tak pilih menantunya dengan alasan dia berkelayakan, tetapi Rasulullah memilihnya kerana yang Rasulullah pilih ialah pilihan Allah itu sendiri. Ucapan baginda bukan berasaskan nafsu. Kerana kalau mengatakan Rasulullah lantik dia sebagai pengganti; semata-mata kerana dia menantu, dan sepupu baginda yang berkelayakan - itu namanya mengatakan Nabi Muhammad saw pilih suku-sakat. Takkanlah Rasulullah buat pilihan berasaskan nepotisme begitu. Yang benarnya, Rasulullah pilih pengganti kerana dia berkelayakan, dan berkelayakan itu (nada saya dikeraskan tanda menekan persoalan) macam saya kata; bukan terbit daripada mulut Rasulullah saja-saja tapi terbit kerana memang dia dipilih Allah."
Mak Cik Musalmah Lebar diam, mencerna: "Habis, kalau orang atas ambil menantu atas dasar berkelayakan?"
"Tak cukup kuat nak dijadikan hujah. Lebih baiklah dielakkan. Tak cantik dari segi ilmu siasahnya pun. Nampak macam bila kena orang lain tak boleh, bila kena batang hidung macam boleh. Alasan macam baik, jadikan agama dan Rasulullah sebagai hujah; tetapi sebenarnya Rasulullah melantik penggantinya kerana memang perintah Allah. Berkelayakan di sisi Allah, tak sama dengan ukuran berkelayakan dari sudut pandang manusia. Allah firman. Manusia kehendak. Jadi elaklah mengundang persepsi salah masyarakat. Ambillah Rasulullah betul-betul dari sumber betul. Melainkan ilmu siasah yang dipegang ialah ilmu siasah bani Umaiyyah dan Abbasiyyah. Itu saya tak boleh cakap apa, sebab dalam hal siasah yang dijadikan sandaran oleh mereka bukan Nabi tapi titah mak bapak. Muawiyah lantik Yazid meskipun yang lebih layak, iaitu Saidina Hasan cucu Nabi masih ada."
"Falsafah ke Zal?"
Saya angguk, "Falsafah. Orang awam akan marah kerana dia tak mahu berfikir (walaupun hatinya meronta-ronta kata betul). Ulul albab akan merenung dan dia akan tahu hujah tersebut salah. Orang biasa akan lihat begini: alah sama saja, parti agama ke, parti kebangsaan ke, parti liberal ke - SAMA. Dan orang akan putus asa dengan pemimpin. Mereka akan kata - hopeless dah Malaysia ni."
Mak Cik Musalmah Lebar hela nafas, "Thank you, akak harap ada orang tegur dia di Ipoh ni. Akak nak masuk tengok olompik."

No comments:
Post a Comment