Followers

Thursday, July 31, 2008

S Othman meninggal dan telah Isra dan Mikraj di Serdang - Al Fatihah

Petikan dari blog MSO ( Mohd Sayuti Omar )

Belasungkawa

S Othman Kembali Ke Rahmatullah

Sasterawan Negara S Othman Kelantan atau Syed Othman Syed Omar telah kembali ke rahmatullah jam 12:30 tengah malam tadi. Allayrahaman meninggal di hospital Serdang dalam usia 69 tahun.

Menurut novelis Zahari Efandi yang juga adik iparnya Allahyarham mengidap sakit kencing manis dan jantung telah dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lepas.

Jenazah Allahyarham kini ditempatkan di masjid Bangi Perdana, Bangi. Jenazah akan dikebumikan jam 11:30 pagi ini. Alfatihah. Catatan: Terima kasih kepada W Zailan kerana menyampai maklumat. [wm.kl 8:50 am 31/07/08]

- Kenapa dia meninggal hari istimewa ? kerana dia dari keturunan istimewa yang jelas dari Junjungan Yang Mulia s.a.w.......


Tambahan dari - klik sini- :


S. OTHMAN KELANTAN

Dilahirkan pada 13 November 1939 di Kelantan Darul Naim. Beliau mula menulis pada tahun 1953. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan. Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen. Antara novel beliau yang terkenal ialah Angin Timur Laut (1969), Juara (1976), Wajah Seorang Wanita (1990) dan Nagogho Astana (1997). Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia dan Cina. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995.

Dr. Syed Othman pernah menjadi guru (1952-1979). Tutor Bahasa Melayu USM pada tahun 1980-1983, pensyarah di UKM (1983-1996) dengan jawatan akhirnya sebagai Profesor Madya dan Karyawan/Pensyarah Tamu di Universiti Malaya (1997-1999). Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Kini beliau merupakan pensyarah di Institut Pujangga (Francais UUM) di Seri Kembangan, Selangor. Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahkan S.E.A Write Award pada tahun 1990.

1 comment:

szarida said...

Terima kasih atas ayat suci alQuran yang di hadiahkan kepada ayahanda saya Dr S. Othman,saya sebagai anak yang lebih rapat semasa hayat beliau masih terasa rindu padanya , rindu anak kpd abah yang penyayang . Hanya doa dan ayat-ayat suci sahaja dpt saya hadiahkan pada abah selama kepergiannya. semoga saudara menjaga ibubapa saudara sebaik mungkin selagi mereka masih ada kerana ibubapa lah permata paling berharga bagi kita di dunia ini.Wassallam