Berita Utusan : Kerajaan Terengganu akan terus guna Mercedes
KUALA LUMPUR 23 Julai – Kerajaan Terengganu akan terus menggunakan kenderaan Mercedes sebagai kereta rasmi menggantikan Perdana V6 Executive kerana tindakan itu sejajar dengan kandungan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II).
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, jika kerajaan beranggapan langkah itu tidak tepat, maka pekeliling berkenaan juga perlu ditarik balik dengan segera.
Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD).
Penggunaan Mercedes E200 Kompressor memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di kilang di Pekan, Pahang.
Kerajaan Terengganu baru-baru ini telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.
|
|
- Nampaknya betullah Pak Lah dari awal lagi tidak mahu menjadikannya MB..Sekarang baru nampak. Perangai bermewah mewah memang susah dipisahkan.
Apa beza servis Proton dengan Merc yang berbeza sangat jauh dengan perkiraan duit rakyat yang digunakan ?
Apa beza harga Proton dan Merc ?Apa beza jenama negara dan luar negara?
Bezanya pada sikap hormat pada pemimpin tertinggi negara dan tidak....
2 comments:
TAK ADIL PADA PENDAPAT SAYA JIKA KITA TERUS MENGHENTAM YAB MENTERI BESAR TERENGGANU TERHADAP ISU PEMBELIAN KERETA MERCEDES dan Cuba kita tengok dari suDut yang lain:
1/Takkan lah YAB MB TERENGGANU dan
semua pegawai2nya(SUK)BODOH dan
tak tahu membaca dan mentafsirkan
surat pekeliling.,
2/Sememangnya maintanance Perdana
V6 excutive adalah teramat mahal
(Kerajaan Bukan Tak tahu).,
3/ Kereta Mercedes itu bukannya
HAK MILIK PERSENDIRIAN TETAPI
HAK MILIK KERAJAAN NEGERI
TERENGGANU.,
4/ DUIT yang diambil bukannya dari
DUIT ROYALTI MINYAK.,
5/ YAB MB TERENGGANU bukannya ada
KOMISYEN macam BELI KAPAL
SELAM,Penjualan AV Agusta TANPA
DIBIDA yang MENYEBABKAN PROTON
RUGI lebih dari RM 1 billion
dan lain-lain lagi)
(KENAPA KABINET TAK HEBOH???
saya rasa hairan dan pelik
semua MT UMNO dan Menteri2 TIBA2
JADI TAKUT DAN BACUL).,
6/ kenapa tak suroh BPR SIASAT
BETUL KE TIDAK PERBELANJAAN
MAINTANANCE PROTON PERDANA V6
sebagaimana yang di UMUMkan
oleh YAB MB dan lepas tu
kita hebahkan apa hasil
siasatan BPR itu adakah PATUT
ATAU TIDAK terhadap apa yang
telah dilakukan oleh YAB MENTERI
BESAR TERENGGANU TU??
7/ KERETA ITU DIBELI UNTUK
KEGUNAAN RASMI jadi apa
salahnya memberi sedikit
keselesaan kepada Yang
Berhormat kita untuk tidak
keletihan balik kekawasan
masing 2 dan Pegawai2 Tinggi
Negeri menjalankan tugas ke
Daerah-Daerah.,
8/ Orang PArti lain cuma ACAH aje
tapi TPM DAN UMNO Pusat DAH
MELATAH MACAM ORANG HILANG
AKAL DAN DUNIA NI DAH NAK
KIAMAT.,
9/YANG BERHORMAT2 DARI TERENGGANU
TAK LAH SEKAYA YANG BERHORMAT2
DISEBELAH PANTAI BARAT(KETUA
BAHAGIAN SAJA KALAU TAK ADA
HARTA ATAU WANG RINGGIT SEKURANG2 NYA RM 1 JUTA DALAM AKAUN
MEREKA/KELUARGA MAKA SAYA
SANGGUP DILUDAH ITU BELUM LAGI
MENTERI2 UMNO TERUTAMA DARI
KUALA LUMPUR/SELANGOR DAN JOHOR)
JADI APA SALAHNYA DIBERI SEDIKIT
PINJAMAN Pakai KEISTIMEWAAN
KEPADA MEREKA-MEREKA INI
SEMENTARA MEREKA BERKHIDMAT
UNTUK RAKYAT NEGERI TERENGGANU.
10/ berapa belanja buat MONSON CUP
dan sehingga sekarang jika
ditolak dari perbelanjaan
berapa banyakkah keuntungan
yang kerajaan Negeri dan
Rakyat Negeri Terengganu
negeri dapat?????yang pastinya
tidak keterlaluan jika saya
katakan UNTUNG ATAU
MENAFAATNYA KEPADA KERAJAAN
NEGERI DAN RAKYAT NEGERI
TERENGGANU SEDIKIT TAPI
RUGINYA BANYAK!
kesimpulannya:
Tak perlu diperbesar-besarkan perkara ini dan UMNO perlu FOKUS kepada masa depannya supaya TAK TERUS DILUPAI OLEH ORANG UMNO SENDIRI KHASNYA DAN RAKYAT KETURUNAN MELAYU AMnya.Kepada TPM saya sarankan supaya tidak mencari populariti dari Isu ini kerana anda belum TENTU LAGI AKAN JADI PM pada 2010 kerana anda perlu ingat PM kita sekarang ni terkenal dengan CAKAP BOHONG/PENIPU jadi berhati-hatilah supaya tak jadi macam kata pepatah ""Yang diKEJAR TAK DAPAT dan yang DIKENDONG TERCICIR
Siapa yang bodoh ? PM TPM ke MB ?
Siapa nak sangat guna kereta baru ?
siapa masih pakai kereta proton?
masalah skrg bukan masanya.
Jangan terbawa bawa 'niat hati' ingin menggunakan wang rakyat untuk kemewahan ..
Jika mahal kereta proton sekalipun, ia tanda kita patriotik kepada negara ...
bukan bagi berjuta juta kepada syarika luar negara.
Lainlah jika duit sendiri...tak apa
Post a Comment