Ahmad Said sedia jual 14 Mercedes - berita harian - klik sini
Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Kerajaan Terengganu bersedia menjual 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta yang baru dibelinya, jika kerajaan pusat mengarahkan mereka menggunakan semula kenderaan jenis Perdana V6 Eksekutif.
Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Said, berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian jika ada arahan seumpama itu daripada Kabinet yang bermesyuarat semalam, walaupun kemungkinan besar mereka terpaksa menanggung kerugian berikutan susut nilai.
“Kalau mereka tak beri kita pakai, kita boleh jual kepada sesiapa yang berminat dan saya pasti ramai yang akan berebut membelinya kerana harganya yang murah.
“Cuma jika langkah itu dibuat, selepas ini mungkin Kerajaan Pusat kena tanggung kos penyelenggaraan Perdana V6 Eksekutif yang sebelum ini ditanggung kerajaan negeri,” katanya selepas mesyuarat Exco, di sini, semalam.
Pendapat saya :
- Proton sendiri terkejut dengan kos terlalu tinggi untuk penyelenggaraan.
- Penjimatan 'menatang ' apakah yang dimaksudkan Md Said jika minyak mahal, spare part mahal, servis berganda mahal ?
- BPR sudah mula menyiasat ' unsur unsur rasuah' dalam kes ini.
- Terengganu ' sudah pandai derhaka' kepada Pusat bagi membalas dendam di dada ekoran pertikaian perlantikan MB baru baru ini.
Patutlah Pak Lah tak nak lantik Md Said, rupanya inilah ' belang' sebenar beliau....
Hidup Pak Lah ..... yang masih pakai waja dan perdana untuk ke majlis rasmi PM...
No comments:
Post a Comment