Followers

Monday, June 9, 2008

Rumah ibadat: Selangor didesak kaji semula- Utusan


Apa sebenarnya yang dimahukan dengan pembinaan rumah ibadat yang lebih luas selain ingin menyakiti hati Melayu ? apa lagi bukan Melayu Islam inginkan selepas diberi kebebasan membina rumah ibadat dan juga beribadat, apakah belum mencukupi ?

Di saat ini kita tentu rasa gembira kerana orang Islam juga yang memberi kuasa kepada Pakatan Rakyat ini. Anwar nampaknya 'sangat dayus' ingin memberikan kebebasan kepada Khalid selaku MB untuk membanyakkan dan meluaskan lagi rumah ibadat bukan Islam walhal peraturan sedia ada sudah cukup untuk menjamin keperihatinan kerajaan kepada hak hak mereka beragama seperti yang termaktub di dalam undang undang...

PAS juga menyokong dengan 'penuh hati ' segala rancangan ini dan tidak kisah asalkan 'hati kawan' sama Pakatan Rakyat akan terjaga. Jika BABI boleh dirunding dan disokong, apalah sangat dengan rumah ibadat yang tentu elok bagi mereka diperluas demi HAK ASASI MANUSIA dan prinsip keadilan Islam di sisi mereka ...!

Itulah nasib umat Islam bergaduh pasal pegangan mazhab masing masing hingga mengasingkan diri dari jemaah yang satu. Akhirnya bukan Islam mendapat manfaat dari per'gaduhan' itu dan menjadikan persengketaaan kita makin ketara dengan sedikit imbuhan kuasa agar diam diam sahaja mengikut mereka. Sama seperti kerbau dicucuk hidung ke mana sahaja dan demi apa apa yang dimahukan pengembalanya...

Ya Allah, satukan hati hati ini atas dasar mencintaiMu. demi perjuangan menegakkan agamaMu..bukan menegakkan agama selain Islam yang diredhai Mu...kerana bagi kami Islam adalah agama Mu yang hanya SATU.

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor diberi kata dua supaya mengkaji semula hasrat menghapuskan peraturan yang mengehadkan saiz rumah ibadat bukan Islam atau mungkin berhadapan tindak balas orang Melayu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (gambar) berkata, keputusan itu seakan memberi lampu hijau bahawa rumah ibadat boleh dibina tanpa sebarang had walaupun di kawasan perumahan yang didiami pelbagai kaum.

Kata beliau, peraturan yang hendak dihapuskan itu selama ini telah dapat memastikan keperluan sesuatu rumah ibadat di Selangor seimbang dengan jumlah penganutnya sekali gus dapat memelihara keharmonian kaum.

”Peraturan itu dirangka berlandaskan garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang tidak pun sesekali menghalang pembinaan rumah ibadat sebarang agama asalkan ia seimbang dengan keperluan.

”Sebagai contoh, penduduk Selangor beragama Hindu kira-kira 700,000 orang dan jumlah kuilnya lebih 1,000 buah manakala orang Islam pula jumlahnya hampir empat juta orang dengan masjid sebanyak 380 buah.

”Kalau jumlahnya lebih daripada penduduk hingga menimbulkan rasa tidak harmoni saya bimbang akan ada reaksi atau tindak balas kerana tak puas hati oleh orang Melayu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam yang tidak boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi.

Ia diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr. Xavier Jayakumar bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu.

Keputusan yang dicapai selepas pertemuan dengan pemimpin bukan Islam semalam itu juga mahukan supaya pemaju perumahan menyediakan tapak lebih luas untuk rumah ibadat bukan Islam berbanding 0.4 hektar sahaja ketika ini.

Sementara itu, Mohamad Khir menegaskan, tindak tanduk Xavier dan Ronnie dalam isu ini jelas menggambarkan mereka sebagai tidak memahami sensitiviti orang Melayu.

Katanya, sepatutnya pemimpin kerajaan negeri yang Islam memperhalusi terlebih dahulu isu tersebut sebelum membenarkan anggota Exco berkenaan membuat keputusan yang menyentuh soal seperti itu.

”Sebab itu biar pun ada Pas, tetapi perjuangan Islam mereka seperti tenggelam dengan parti lain manakala PKR pula asyik dengan konsep kesamarataan mereka.

”Sedangkan sesuatu isu tidak boleh ditangani dengan sama rata tetapi memerlukan keadilan dengan dalam isu ini semua kaum mesti mendapat rumah ibadat mereka mengikut keperluan,” jelasnya.

No comments: