Followers

Wednesday, June 11, 2008

Mahathir bidas pemecatan Sanusi

setelah lupa dia sendiri suka memecat orang termasuk Hakim Malaya tahun 1988. Mungkin ingatan di usia hampir mencecah 84 tahun membuatkan fikiran Tun sudah tidak sama di kala muda muda dulu. Justeru, bidas kerajaan tidak menjanjikan apa apa kerana kerajaan ada sebab sebab tersendiri memberhentikan Sanusi dari jawatan Presiden UIA selepas 'termakan pujukan' Tun Mahathir untuk 'kamikaze' dalam 'peperangan' melawan Perdana Menteri.

Selesailah 'satu babak' rentetan kes 'lompat' keluar parti baru baru ini... Harap UMNO akan terus membersihkan dari anasir pemberontak yang 'gilakan' glamour dan pancaran lensa kamera serta liputan istimewa dari media.

Pak Lah susah nak marah... Cuma jika sudah marah, susah dihalang kemarahannya.

Jika saya jadi Perdana Menteri, itulah kaedah terbaik menjaga kepimpinan Parti UMNO agar terus kukuh dan utuh dari hari demi hari.

Pedulikan orang orang yang ' menjerit dan memaki hamun' kerana mereka tidak memberi sedikitpun kesan kepada negara bahkan mereka itu yang tersesat dari 'perjuangan' yang sebenar !

Iaitu memartabatkan agama bangsa dan negara !!



KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan pemecatan Tan Sri Sanusi Junid dari menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa.

Menurutnya, tindakan pemecatan tersebut seolah-olah sebagai pembalasan dendam pemerintah ke atas Sanusi yang sebelum ini telah keluar daripada Umno.

"Saya berasa amat sedih dengan tindakan untuk menamatkan khidmat Tan Sri Sanusi dari menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa.

"Mungkin dia telah melakukan kesalahan yang besar yang tindakan ini perlu diambil. Tetapi secara kebetulan tindakan terhadap Presiden UIA ini diambil sejurus selepas dia keluar daripada Umno. Apakah perbuatan beliau ini yang menyebabkan dia disingkir?"soalnya dalam blog peribadinya semalam.

Tambahnya, kebetulan sehari selepas Sanusi berkempen untuk anaknya Dato' Mukhriz di Jerlun, pejabat syarikat UIA Holdings Sdn Bhd milik UIA telah digeledah oleh Badan Pencegah Rasuah.

"Dua tindakan oleh Kerajaan ini menimbul tanda tanya berkenaan dengan dasar yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato Abdullah Badawi.

"Saya juga dengar cadangan supaya Dato' Mokhzani yang telah keluar Umno dipecat daripada menjadi Pengerusi Sepang International Circuit (SIC),"tambahnya.

Beliau juga mengulas, bahawa seolah-olah Kerajaan Abdullah menganggap bahawa jawatan-jawatan dalam Kerajaan dimiliki oleh partinya dan boleh diguna sebagai hadiah kepada yang menyokongnya dan menarik balik atau tidak diberi jika tidak patuh kepadanya.

"Apakah hanya ahli Umno sahaja yang boleh pegang jawatan dalam Kerajaan dan agensi Kerajaan? Saya faham ada orang bukan Melayu yang sudah tentu bukan ahli Umno yang memegang jawatan dalam badan-badan Kerajaan.

"Jika kerana keluar daripada Umno jawatan dalam Kerajaan akan dilucut, sepatutnya semua yang bukan ahli Umno yang dilantik kedalam badan-badan Kerajaan patutlah dilucut juga.

"Pemimpin Kerajaan nampak amat suka mendera siapa sahaja yang tidak 'kowtow' kepada pihak tertentu,"jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, ura-ura untuk mendera orang yang sabotaj Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 nampaknya tidak menjadi.

"Apakah kerana takut didera mereka akan kembali menyokong? Saya fikir tidak. Sebaliknya lebih ramai yang akan menolak kepimpinan yang suka hukum orang kerana kegagalan sendiri.

"Saya harap sebab-sebab Tan Sri Sanusi hendak disingkirkan di jelas kepada rakyat. Jangan salahguna kuasa untuk kepentingan diri,"katanya.

Tambahnya, kmpimpinan Kerajaan Pusat Barisan Nasional harus ingat Barisan Nasional bukan lagi menguasai seluruh negara.

"Negeri-negeri dan wilayah yang terkaya di Malaysia sekarang dikuasai oleh parti lawan. Mereka tidak bertindak melantik hanya ahli-ahli parti mereka sahaja dalam badan-badan Kerajaan. Sebaliknya mereka sanggup melantik tokoh dari parti-parti Barisan Nasional untuk mengisi jawatan badan-badan yang terletak dibawah Kerajaan-Kerajaan mereka.

Kata Mahathir,sikap suka balas dendam kepimpinan Barisan Nasional akan menghakis lagi sokongan kepadanya.

"Fikirkan baik-baik wahai orang yang berkuasa. Tiap seorang tokoh mempunyai penyokong sedikit sebanyak. Mereka tentu berasa tersinggung dan akan bersimpati dengan mangsa kerajaan dan tidak menyokong Barisan Nasional lagi...jangan menyesal di kemudian hari,"tegasnya. - mks. _

No comments: