Followers

Sunday, June 15, 2008

Penyatuan Melayu akan tercapai tidak lama lagi ?

Ya benar, apabila hati hati manusia dari semua parti sudah bersih dari hasad dengaki, penyakit AlWAHNU ( cinta dunia takut mati ) ..

PAS dan UMNO adalah musuh tradisi yang bergaduh tetapi tidak membekas di hati. PKR pula serpihan UMNO kerana setia kepada individu bernama Anwar Ibrahim..Kebanyakan mereka berapi api ketika menyatakan pandangan dan mula memberi senyuman ketika berpapasan di jalanan...

Krisis perpecahan PAS dan UMNO hanya kerana perbezaan sedikit pendapat yang tidak sejalan antara Ulama ( secara bahasa ) dan Umara ( yakni ahli profesional ). Dan ia berterusan hingga hari ini meskipun pernah bekerjasama ketika darurat dan krisis antara kaum tahun 1969 dahulu. PAS membetuk PERIKATAN dengan UMNO hingga diberi jawatan jawatan sebagai anggota Kabinet Malaysia ketika itu.

Maknanya PAS pernah menduduki tempat di dalam kabinet berbanding PKR yang masih baru dan ' mentah' dalam usia matang politik negara kita.

Secara tradisinya kebanyakan ahli PAS terdiri dari golongan yang alim bidang agama dan UMNO pula dibarisi dari golongan profesional. Dan sekarang jumlah agamawan dalam UMNO juga semakin ramai dan PAS turut sama menerima ahli baru yang sangat hebat dan mantap bidang mereka ..
Justeru jika berlaku penyatuan dua entiti parti berbeza ini, kita akan berjaya menyatukan dua golongan yang pernah disebut oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w : Ada dua golongan dari umatku, jika baik maka baiklah umat. Jika rosak maka akan rosaklah umat. Mereka ialah Ulama dan Umara ( pentadbir )

Sebab itu hakikat yang kita perlu telan ialah UMNO telah berjaya memerintah dengan profesional sementara PAS masih ketinggalan berbanding apa yang dibuat oleh UMNO dengan Barisan Nasional selama ini. Walaupun ada juga idea bernas mereka dipraktikkan kerajaan . Itulah gunanya pembangkang bagi mewujudkan check n balance di dalam pentadbiran kerajaan.

Jika ada kekurangan PAS pun hanya dari segi kesatuan fahaman dan juga pendekatan berdakwah sahaja !

Kita masih baru sangat bergaduh sesama bangsa. Jika ukuran bangsa Arab zaman Rasulullah s.a.w ketika dulu.

Bayangkan di dalam Sirah Nabawiyyah puak Aus dan Khazraj bergaduh selama BEBERATUS TAHUN kerana perkara yang kecil iaitu perebutan tempat minuman unta. Maka kedatangan Rasulullah s.a.w telah menyatukan mereka di bawah Dua Kalimah Syahadah hingga mereka menjadi bersaudara kerana nikmat dan hikmat kedatangan Islam...

Namun sejarah juga menceritakan PERPADUAN mereka telah cuba diganggu oleh puak YAHUDI @ ZIONIS yang telah mengadu domba antara mereka...

Dalam satu kejadian ( sumber klik sini ) , sekumpulan Yahudi merancang untuk memecahkan kesatuan kaum Muslimin setelah dengki melihat bersatunya Auz dan Khazraj atas dasar Islam. Mereka menghantar beberapa orang pemuda untuk melaga-lagakan Aus dan Khazraj dengan mengungkit semula kisah Perang Bu’ath di mana golongan Aus berjaya mengalahkan Khazraj.

Hasilnya terjadilah perkelahian antara Aus dan Khazraj dan hal ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah.

Nabi dengan tegas lalu bersabda,

“Wahai kaum Muslimin, ingatlah kalian kepada Allah, ingatlah kalian kepada Allah! Kenapa kalian mengikuti seruan Jahiliyyah, padahal aku masih berada di tengah-tengah kalian. Dan Allah sebelumnya telah memberi petunjuk kepada kalian dengan Islam, memuliakan kalian dengannya, memutuskan segala kejahiliyyahan dari kalian, menyelamatkan kalian dari kekafiran dan menyatukan hati kalian.”

Apabila mendengar sabda Nabi ini, kaum Aus dan Khazraj terus sedar bahawa seruan Jahilliyah adalah tipuan syaitan, dan salah satu dari makar ( tipudaya ) musuh Allah terhadap mereka. Mereka terus menangis dan berpelukan antara satu sama lain. Peristiwa ini merupakan asbabun nuzul Surah Ali Imran (3):102-103. [Sirah Ibn Hisyam].

Sejarah akan berulang... Keamanan dan kedamaian serta kasih sayang antara sesama Islam akan dicemburui oleh Nasrani dan Yahudi. Merek akan bekerja keras memastikan tahap perpaduan dan kesatuan antara bangsa kita yang menganut agama suci Islam ini . sentiasa dirundung malang dan petaka....Meskipun dakwah utama Nabi kita ialah menjadikan hati hati kita semua setia di atas dasar keimanan dan ketakwaan berlandaskan kasih sayang...

Yahudi di zaman Nabi itu juga akan menjadi Yahudi pewaris kebencian tersebut zaman ini, hingga mereka akan menjadi batu api seperti tingkah laku nenek motang mereka di zaman nabi untuk memecah belahkan kita sekarang ini..samada terang terangan atau bersembunyi di belakang jasad bangsa kita juga yang sanggup menjadi sahabat mereka...

Adakah anda terfikir kenapa akhir zaman fitnah ibarat malam kelam ???

fikirkan dan anda akan dapati fitnah merata rata hingga satu dunia dapat mencapai berita fitnah dengan senang sahaja tanpa ada lagi batasan geografi menghalang penyebaran fitnah tersebut.

Persepsi dan juga pandangan samada negatif atau positif juga boleh 'dimanipulasi' oleh mereka dengan membentuk dan mengawal penyeliaan media media utama tersebut dengan 'proksi' talibarut mereka.

sebab itu musuh dalam selimut yang ingin menjadikan kita bergaduh itulah musuh yang utama sekali.. Tidak kira siapa dan dari mana serta apa jua gelarannya , merekalah yang boleh 'dihalalkan' tubuh mereka untuk 'diserang' dengan tusukan 'pedang pena' agar tindakan tersebut dapat dipatahkan dan disekat dari terus meracuni pemikiran rakyat yang lemah lagi mudah dieksplotasi ini.

Yahudi sangat cerdik. Mereka tahu apa akan terjadi dengan membuat langkah beberapa langkah
ke hadapan. Kita sudah ketinggalan. Cuma keajaiban akan melihat bahawa penyatuan ini akan menjadi kenyataan jika kita bersungguh sungguh membetulkan ilmu pengetahuan agar tepat dengan Islam dan menambahkan amalan penyucian diri dengan sunat dan wajib ...

Mungkin Ulama 'bayangan Nabi' itu masih belum diketemui dan tugas kita mencari siapakah yang berdaya dan mampu menangani masalah yang semakin kronik ini hinggakan ISLAM yang diperjuangkan sekadar slogan dan retorik semata mata berselindung di belakang pakaian yang berjenama dan beragama di depan mata manusia....

Yang pasti, ulama sejati akan dapat menyatukan hati hati umat Islam ke arah perpaduan. Ulama sejati akan menjadikan Islam sebagai matlamat kehidupan. Ulama sejati akan membawa ALLAH didalam setiap zarah detik perjalanan samada pemerintahan dan juga perbuatan seharian.

Allahumma ! Sallimna min Kulli Bala wamin Kulli Ghoba wamin Kulli Fitan

Maa zohara minha wama Baton...

No comments: