Followers

Friday, June 13, 2008

Hindraf sambut Hari Bapa di 'Istana Negara' selepas hari jadi anak di Parlimen


Hindraf sambut Hari Bapa di 'Istana Negara' - malaysiakini

Jun 12, 08 1:52pm

Seramai 70 anak-anak anggota Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) di bawah umur 10 tahun akan mengetuai perarakan ke Istana Negara Sabtu ini untuk menyerahkan ‘teddy bears' sebagai hadiah sempena sambutan Hari Bapa.

Menurut satu kenyataan, acara simbolik itu adalah bagi menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 70 kanak-kanak telah dinafikan hak untuk menyambut hari tersebut bersama bapa masing-masing yang kini ditahan di Pusat Tahanan Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, pada hari berkenaan, Yang di-Pertuan Agong menjadi 'bapa' kepada kanak-kanak tersebut kerana semua rakyat Malaysia - tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama - taat setia kepada baginda.

bm lima tahanan hindrafAntara yang ditahan di Kamunting ialah lima pemimpin Hindraf itu - M Manohan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar.

Mereka ditahan pada 13 Disember tahun lalu, selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Seorang daripada mereka, Manoharan bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu atas tiket DAP dan menang kerusi negeri Kota Alam Shah.

Beliau memperolehi 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.

Pada 14 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan - mahkamah yang tertinggi di negara ini - menolak rayuan mereka mereka supaya dibebaskan daripada tahanan bawah ISA.

Dalam penghakimannya, Hakim Besar Malaya yang juga pengerusi panel hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff berkata arahan penahanan yang dikeluarkan oleh menteri keselamatan dalam negeri pada 13 Disember tahun lalu adalah sah dan memenuhi semua keperluan di bawah ISA.

Menurutnya, panel tiga orang hakim mahkamah tertinggi di negara ini bersetuju dengan keputusan pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zainal Azman Abdul Aziz yang memutuskan bahawa menteri berkenaan boleh mengarahkan seseorang itu ditahan mengikut Seksyen 8 ISA pada 26 Februari lalu.

Alauddin berkata, perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, atas kapasitinya sebagai menteri keselamatan dalam negeri (waktu itu), mempunyai hak untuk mengeluarkan arahan tahanan dan telah memenuhi keperluan prosedur bawah akta tersebut.

Ia dipersetujui sebulat suara oleh dua lagi hakim - Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Hashim Mohd Yusoff.

Penyokong Hindraf mendakwa, kelima-lima pemimpin mereka itu - empat daripadanya peguam - hanyalah membangkitkan isu-isu yang membabitkan kepentingan kaum India.

Pelbagai pihak termasuk parti-parti komponen Barisan Nasional seperti MIC, MCA dan Gerakan, turut menggesa kerajaan supaya membebaskan lima pemimpin Hindraf tersebut.


BACA PULA BERITA PARLIMEN JADI GANTI ' KFC' SAMBUT HARI JADI ANAK PEMIMPIN HINDRAF YANG DI TAHAN BAWAH ISA

sumber utusan

KUALA LUMPUR 21 Mei - Parlimen hari ini bertukar menjadi ‘kelab suka ria’ apabila beberapa anggota pembangkang dan sekumpulan 20 orang awam mengambil kesempatan mengadakan majlis hari jadi anak seorang pemimpin Hindraf di lobi Parlimen.

Tindakan mereka itu mengundang perasaan kurang senang pengunjung lain kerana Parlimen yang merupakan kawasan keselamatan dan institusi yang dilindungi kini dicemari majlis sosial yang diadakan dengan sesuka hati oleh pihak tertentu.

Keadaan riuh rendah hari ini membabitkan beberapa anggota pembangkang dan sekumpulan kira-kira 20 lelaki dan wanita dipercayai penyokong Hindraf membawa kek dan menyanyikan lagu Happy Birthday To You secara beramai-ramai di kawasan lobi Parlimen.

Tidak cukup dengan menyanyikan lagu selamat hari jadi, upacara memotong kek turut diadakan di kawasan ruang menunggu tetamu berdekatan lounge Ahli-Ahli Parlimen iaitu tempat mereka mengadakan sidang akhbar sebelum itu.

Mereka menyalakan enam batang lilin di atas kek berkenaan sebagai menandakan sambutan hari lahir W. Vaishnavi, 6, anak kepada P. Waytha Moorthy, pemimpin Hindraf yang kini mencari perlindungan di Britain.

Sementara itu, di atas kek tersebut tertera perkataan ‘Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)’. Sambutan hari jadi kanak-kanak berkenaan dieksploitasi untuk tujuan politik.

Selepas selesai memotong kek, Ahli Parlimen N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) membawa kanak-kanak itu untuk menyapa mana-mana -Ahli Parlimen yang melalui kawasan tersebut.

Setiap kali dapat ‘menahan’ Ahli Parlimen, Gobalakrishnan dengan gelagatnya akan menyanyi dengan kuat lagu Happy Birthday To You sambil menghadiahkan sekuntum bunga mawar kepada Ahli Parlimen berkenaan.

Tanpa mempedulikan Ahli Parlimen lain, para pegawai kerajaan yang bertugas serta anggota media dan tetamu di Parlimen, kumpulan itu menyanyi sekurangnya-kurangnya tujuh kali lagu Happy Birthday.

Antara yang menjadi mangsa ‘ditahan’ Gobalkrishnan ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Datuk Ab. Halim Ab. Rahman (Pas-Pengkalan Chepa) dan Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Selain Gobalakrsihnan, turut sama ‘memeriahkan’ sambutan hari jadi anak pemimpin Hindraf itu ialah S. Manickavasagam (PKR-Kapar) dan beberapa anggota pembangkang lain.

Walaupun beberapa pegawai Parlimen meminta Gobalakrishnan menamatkan ’sambutan’ tersebut, namun beliau seperti tidak mempedulikan arahan tersebut.

Perbuatan itu jelas menimbulkan rasa kurang senang Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) yang merungut anggota-anggota Parlimen pembangkang kini sering membawa masuk pelawat ke lobi Parlimen untuk tujuan gimik politik.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC), Datuk Tiong King Sing mengingatkan anggota Parlimen pembangkang bahawa Parlimen bukan tempat untuk orang luar masuk sewenang-wenangnya.

“Dulu, macam pasar, kini seperti Central Market pula. Sebagai institusi tertinggi dalam negara, tidak seharusnya orang luar dibawa masuk ke Parlimen sewenang-wenangnya.

“Perkara ini saya akan bawa kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.


APA KOMEN PKR ? ANWAR SOKONG HINDRAF DAN SOKONG PERJUANGAN HINDRAF MENDESAK


Himpunan HINDRAF: Tumpu Pada Kelemahan Dasar BN

Saya menyokong hak HINDRAF untuk berhimpun secara aman dan ingin mengulangi rayuan saya kepada Polis DiRaja Malaysia untuk memberikan permit agar perhimpunan mereka dapat berlangsung pada 25 November 2007. Hak untuk berhimpun secara aman telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia dan Perhimpunan Aman Bersih telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia dapat bertindak secara bertanggungjawab sesuai dengan amalan masyarakat madani.

Tetapi saya saya menyeru kepada HINDRAF agar mereka mengambil pendekatan yang lebih sederhana dan bertanggungjawab di dalam menyuarakan ketidakpuashatian mereka, khususnya di dalam soal Perlembagaan, khususnya Perkara 153. HINDRAF sepatutnya menumpukan perhatian mereka kepada kerajaan BN yang bertanggungjawab di atas salahguna kuasa yang telah menindas kaum India yang miskin, dan juga pada masa yang sama gagal menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, warna kulit ataupun agama.

Gerakan HINDRAF menggambarkan masalah asas yang terus menular di negara kita dan membakar api perkauman yang hanya mengeruhkan lagi ketegangan kaum dan permusuhan sesame rakyat Malaysia..

Rakyat Malaysia terus komited untuk melaksanakan pembaharuan di negara ini mesti sedar bahawa pembangkang yang berwibawa adalah penting untuk Malaysia dan masanya telah tiba untuk menyokong pembangkang. Parti-parti yang menyokong Reformasi mesti bekerjasama secara efektif, dan menekankan isu-isu bersama, terus bekerjsama dan mengelakkan menyalahkan kaum lain untuk masalah mereka.

Apabila kita berpecah, suara kita lemah. Tetapi bersatu, kita boleh hidup secara rukun dan aman damai di negara yang boleh kita banggakan bersama.

ANWAR IBRAHIM

http://anwaribrahimblog.com/2008/06/12/respon-kepada-pengunjung-3/



APAKAH ANWAR IBRAHIM TIDAK TAHU HINDRAF INGIN HAPUSKAN KEISTIMEWAAN BANGSA MELAYU ISLAM ?

ANWAR - Desprado politik….!

Anwar Kemarok Lagi

Dia kemarok sokongan sampai ketepikan Hak Orang Islam Dan Melayu…..
Meludah bangsa sendiri bila turun berarak bertemu Kumpulan HINDRAF di Padang Jeti Kelang selepas pemimpin HINDRAF dibebaskan dari Mahkamah pada 26 NOV 2007.

Tahukah anda antara tuntutan HINDRAF,
Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu”….
Mana prinsip Anwar.

Anwar Kemarok


SUMBER : http://hindraf.wordpress.com/

No comments: