Followers

Wednesday, June 18, 2008

Konsert 100 hari Pakatan Rakyat !


orang kata manusia jika jadi tupai dan pandai melompat sekalipun, nescaya akan jatuh juga satu hari nanti..Akhirnya Pakatan Rakyat telah jatuh kerana dihentam oleh kawannya sendiri kerana sangat gemarkan hiburan berteraskan sekular hingga memalukan PAS yang sangat kuat Islamnya.

PAS tahu tindakan MB Khalid tidak wajar.. Jika bab BABI RM 100 juta, Pemuda tidak bersuara langsung membantah, kali ini mereka tidak betah lagi. Meskipun 17 Jun ialah hari genapnya 100 hari Pakatan Rakyat menang di Selangor namun cita cita Khalid Ibrahim untuk mendengar penyanyi lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan dan Rama Rama ini dibantah oleh Dewan Pemuda PAS. . Bagi PAS, membuat konsert dengan menjemput penyanyi wanita rock dan dangdut ; tentu menaikkan suhu kemarahan PAS yang seolah olah diperli oleh kawan mereka sendiri. Nampak gayanya PAS sudah jadi ' hidung tak mancung pipi tersorong sorong' di dalam Pakatan ini.

Sepatutnya PAS keluar sahaja dari PAKATAN RAKYAT...Jangan biarkan maruah diri diperkotak katikkan oleh bangsa IFC dan HINDRAF lantaran terlalu mengikut kehendak penyokong yang sangat bencikan BN / UMNO hingga tidak mahu lagi memberi ruang kerjasama kepada parti Melayu lagi Islam itu... Prinsip Islam lebih utama dari perasaan penyokong yang terikut ikut dengan sentimen sentimen yang dihangatkan oleh rakan dalam PKR dan DAP...

Terlajak bekerjasama boleh diundur...Kerajaan boleh buat pilihanraya semula. Kali ini dengan UMNO dan PAS bekerjasama. Dan menentang PKR dan DAP yang jelas berlagak sebagai pencabul kesucian Islam dan Melayu dengan PAS hanya memandang sahaja dengan mengetap gigi...



Bukan sahaja Khalid yang sukakan konsert tersebut, bahkan ia turut disokong oleh Amir Iskandar ( penulis Malaysiakini dan Suara Keadilanah ) yang menolak tindakan PAS membantah tindakan tersebut. seolah Amir Iskandar marah kerana PAS mungkir janji dengan membantah sedangkan ia tidak disebutkan di dalam Manifesto mereka dalam pilihanraya lepas.

Maknanya ; Hey PAS, jangan lawan hasrat kami nak buat nyanyi nyanyi...Kami nak bergelek juga. Jangan Islam sangat. jangan kecewakan hasrat orang penyokong kita nak berdangdut dan ber rock n roll... Lagipun kita dah menang apa masalahnya !!!

Dalam forum Tranungkite Online ( Forum Ahli PAS ) juga telah ada desakan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Kata mereka ( klik sini ) :

wehdah
Lans Kopral
Lans Kopral


Joined: Apr 25, 2008
Posts: 76

PostPosted: Tue Jun 17, 2008 3:48 am Post subject: Reply with quote

subhanallah.....saya rasa org PKR ni sama jer ngan UMNO...PAS perlu teguh dlm isu ni....saya seru lg sekali agar PAS keluar PR....cukuplah kekalutan yg ada hasil pakatan yg pelik ni....
saya cdgkan....PAS keluar dan tumpukan usaha tawan negeri2 yg ramai org Melayu....negeri2 lain kalo tk berjaya sekurang2nya walaupun BN memerintah tapi still org islam melayu yg kuat...i mean UMNO kan sebagai tonggaknya...MCA walaupun dalam BN tk seberani DAP dlm PR...so....PAS akan terus berusaha menawan hati org Melayu Islam dgn harapan juga org UMNO akan sesama dlm perjuangan PAS satu hari nnti......



Kata sahabat saya ( Angin Perubahan )


Barulah kita tahu sekarang bahawa ada juga orang India yang bertakbir untuk orang PAS dalam PRU12 yang lepas. Selama ini kita sudah pun mendengar bagaimana Gobalakrishnan (Ketua Kelab Penyokong PAS Kaum India) membaca ayat suci Al-Quran. Nampaknya AMK dan Ketua Dewan Pemuda PAS sudah bertikam lidah. Khairul Anuar Ahmad (Naib Presiden AMK) sendiri tidak diiktiraf oleh Unit Media Kerajaan Negeri Selangor sebagai Ketua AMK Selangor. Apakah jawatan itu akan diberikan kepada Nik Nazmi ?
Khalid Ibrahim dalam wawancaranya dengan sebuah media menyatakan bahawa Islam Hadhari adalah membuang masa. Jadi apakah menjemput Ella dan Mas Idayu untuk merayakan 100 hari kemenangan PKR tidak membuang masa ?


Bagi tok janggut ; cukuplah apa yang telah terlanjut berlaku antara UMNO dan PAS..Kita perlu mengekang suara suara sumbang ingin mencabut keistimewaan Islam dari terus mara dan meruntuhkan apa yang kita akan wariskan kepada anak cucu kita nanti. jangan jadikan ego lebih besar dari kesedaran bahawa ada generasi akan datang yang mendiami tanah air kita ini. Perjuangan kita hari ini adalah untuk generasi masa depan. Kesilapan hari ini akan ditanggung generasi selepas kita dan kita akan diseksa kerana membuat sesuatu yang mendatangkan murka Allah dan kitalah puncanya..

1 comment:

Anonymous said...

setuju...PKR,DAP dan PAS memang hipokrit !!!

lawat http://kedapas.blogspot.com