Kata pepatah Melayu, ke mana kuah kalau tidak tumpah ke nasi…..Begitu juga kita diingatkan dengan ‘ bapa borek anak rintik ‘ tanda bahawa sesuatu bakat itu akan tumpah atau mengalir kepada anaknya…
Kalau ‘kuah yang lazat dan enak’ tidak mengapa kerana ia memberi nikmat kepada yang menikmatinya. Tetapi jika ‘kuah basi’ tentu semakin dimakan semakin banyak mudarat akan timbul dan mungkin ‘isi’ perut yang lain akan turut sama keluar. Akhirnya si tuan punya tubuh akan terbaring lemah kerana ‘virus’ dari ‘kuah basi’ tadi.
Tun Mahathir boleh diibaratkan seperti ‘kuah’ yang tumpah ke ‘nasi’ anaknya bernama Mukhriz dan sedikit terpercik pada Mokhzani ( yang dilaporkan keluar parti semalam 21.5.2008 ).. Mungkin kuah yang lebih pekat itulah yang terpercik pada Mokhzani kerana berani keluar parti. Manakala Mukhriz ibarat kuah cair kerana masih lagi ragu ragu atau tidak mahu mengorbankan masa depan politiknya yang semakin cerah. Apatah lagi ketika saat saat pertandingan yang akan tiba Disember ini..
Cuma, Mukhriz dalam bab ini, lebih bahaya dari Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir, Datuk Ibrahim Ali.. Kerana beliau menentang ketika masih lagi berada di dalam ‘ rumah’ bernama UMNO. Sedangkan pendekar pendekar yang lain, dengan jantannya sudah keluar dan berpencak silat di luar rumah yang pernah menjadi tempatnya berteduh. Inilah yang lebih bahaya dan tidak ubah seperti musuh dalam selimut !
Syarat bersatu ialah setia sepenuhnya pada satu pemimpin. Pemimpin akan datang dan pergi. Tidak ada pemimpin datang dan kekal meskipun umur panjang seperti Firaun…Akhirnya dia pun ditenggelamkan Allah Lihat bagaimana keingkaran sahabat Nabi yang tida setia kepada kepimpinan Rasulullah s.a.w juga punca mereka dihina Allah hingga kalah dalam peperangan melawan musyrikin Mekah !!
Dalam Islam, ketaatan kepada pemimpin ( mana mana seperti dalam solat, negara, jabatan ) diletak kedudukan ketiga selepas Allah, dan Rasulullah s.a.w…Kerana merekalah pengurus kebajikan dan ketenteraman rakyat. Mereka yang menjadi payung kesejahteraan rakyat. Termasuklah pemimpin di sini ialah Raja Raja yang menjadi Sultan di negeri negeri Melayu kita selama ini..
Firman Allah : ” Katakanlah ( wahai Nabi ) Taatlah kamu semua kepada Allah dan Rasul serta Ulil Amri –yakni Pemerintah dari kalangan kamu.
Semut pun taat pada permaisurinya. Jika kita tidak taat kepada pemimpin, namun masih lagi berada di dalam jemaah atau parti ketua yang kita derhaka tersebut, tentu ia tidak memberi imej positif kepada kita. Tentu semut lebih baik dari manusia yang tidak setia kerana tidak reti menjadi sebaik semut yang taat dan patuh kepada arahan dan suruhan ketuanya..
Orang Melayu suka sikap diktator dalam parti. Mereka suka jika menjadi diktator.Tidak sama dengan sikap terbuka di negara Barat yang ada sebahagiannya boleh diikut oleh kita. Seperti bab memilih calon .Macam Amerika yang boleh liberal utk pilih Hilary atau Obama dlm parti demokrat.
Apabila Pak Lah membuat dasar terbuka kepada kritikan, sudah ada pihak tidak senang kepada keterbukaan ini. Demokrasi yang diterapkan nampaknya menakutkan kumpulan pembangkang dan Tun Mahathir sendiri. Mungkin ia menakutkan kerana bakal membuka banyak perkara yang ’ disapu bawah karpet’ sebelum ini. Dan ia boleh memusnahkan reputasi pembangkang yang menggunakan modal ’ kerajaan diktator’ sebagai senjata menyerang kerajaan.
Mukhriz jika keluar parti tentu seolah oleh mengusir diri dari rumah ’warisan’ bapanya… UMNO adalah seperti milik warisan Tun kerana beliaulah orang yang membinanya kembali selepas diharamkan pada tahun 1988. Selepas kumpulan 11 mengemukakan kes pemilihan parti ke mahkamah. Susulan dari itu krisis perlembagaan turut berlaku hingga enam Hakim telah dipecat termasuk Tun Salleh Abbas. Mukhriz tentu tidak rela keluar dengan begitu sahaja. Sama seperti Tun yang tetap akan kembali jika Pak Lah berundur dari menjadi Presiden Parti @ Perdana Menteri…
Sebagai ahli parti Tun Mahathir ada hak untuk keluar atau terus dlm parti, sama spt orang lain. Kita perlu dpt bezakan antara Tun M sbg ahli, bekas presiden dan PM. Untuk jadi Presiden perlu jadi ahli, untuk jadi PM perlu jadi Presiden UMNO. Parti adalah NGO, PM ialah jawatan eksekutif. Semua ini nampak sama tapi berbeza.
Peratus Melayu ialah 55 dari 26 juta rakyat (dan 3 juta adalah ahli UMNO). Ketuanan Melayu dan Islam bergantung pada Raja. Parti boleh berubah, tetapi orang Melayu tidak. Kita junjung UMNO kerana berbanding parti Melayu PAS, bilangan kerusi calon UMNO sering melebihi kehendak demokrasi ‘simple majority’ (112 dlm kes sekarang). Kalau ini diberi faham, Melayu tidak akan terjejas dengan kes Tun Mahathir.
Cabaran sebegini pernah berlaku - Tun dipecat dari UMNO oleh Tunku Abd Rahman tahun 1969, Tun Husin undur kerana tekanan Tun Mahathir. UMNO pula pernah kalah pada PRU-3, diharamkan pada 1988, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat tahun 1998, krisis perlembagaan 1988, kalah 6 negeri terkaya di Malaysia pada PRU-12 tahun 2008 dan hari ini Tun Mahathir ,isteri dan Mokhzani pula keluar dari parti.
Pemimpin akan dikenang. Orang Melayu mungkin terkejut dgn hal ini tetapi Melayu lebih utamakan harga barang, bonus.minyak dari memikirkan soal ketuanan Melayu, kuasa politik Melayu dan nasib bangsa Melayu yang sedang diancam keistimewaannya sebagai warga asal tanah Malaysia ini…
Memang ujian ini besar. UMNO sentiasa diuji Allah. Ujian hanya satu proses mematangkan parti dan ia juga cara mengeluarkan ’ kotoran kotoran’ yang jika dibiarkan dalam ’perut’ tentu membawa ia akan memudaratkan seluruh ‘ tubuh’ UMNO… Mungkin novel SHIT karya satira Shahnon Ahmad berkaitan kotoran yang perlu dikemut keluar dapat memperincikan lagi bab Melayu yang tidak setia dan mementingkan diri sendiri !!! samada secara paksa atau rela…
Dan pastinya selepas ujian ini, UMNO akan semakin kuat lagi. Insyaallah,
Oleh : Tok Janggut
No comments:
Post a Comment