Followers

Friday, May 23, 2008

Apa Punca dan Kesan Tun Mahathir nekad keluar parti - satu analisa

Isu Tun anak beranak keluar UMNO dan mengajak ahli ahli yang lain keluar sama, satu tindakan yang tidak pro-aktif ( seperti kata sahabat mantap )..


Tun Mahathir nampaknya sudah diikuti langkahnya oleh ahli yang lain seperti Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik, Abdul Razak Bahari dan ia memang sudah dijangka..


Cuma, yang tidak dijangka ialah anak Tun Mahathir iaitu, Mukhriz sendiri yang enggan keluar, bakal calon Ketua Pemuda UMNO Dr Khir Toyo, Fuad Zakarshi, Ali Habshee dan lain lain termasuk Ku Li yang nampaknya tidak seberapa setia sangat dengan Tun dan tidak seberapa berani 'membunuh diri'


Alasan beliau keluar dipersepsi orang macam-macam.Ada kata 'duri dalam daging' sudah tercabut seperti kata Tun Musa Hitam..Semalam laporan akhbar menyebut Tun Mahathir menyerang balas beliau dan Shahrir Samad...

Dan yang utama ialah kesan tindakan ini. Hingga saham telah merudum selama dua hari berturut turut - lapor Bernama..


Kesimpulan saya ialah:

(a) Punca -Tun tak puas hati dgn PM kerana kaedah tadbir yang berbeza.

-Tun lebih diktator dan akauntabiliti ditanggungnya. Tun mengawal dan menjawab segala isu.

-PM sekarang lebih terbuka dan tiap orang ada akauntabiliti. Setiap Menteri diarah memberi penjelasan masing masing bagi isu melibatkan kementerian mereka. Ini sangat sihat kerana ia menunjukkan keterbukaan PM berbanding masa dahulu.

-Kejayaan cemerlang PM ialah PRU-11 yg tidak pernah dialami oleh Tun. Ia terbaik pernah dicapai BN dan mengatasi rekod Tun Mahathir...

-PM juga membiarkan sistem hakim putuskan keputusan melepaskan DSAI.

-Pelantikan kabinet terbaru tidak termasuk orang2nya yang lalu spt Rafidah. Ia seolah menyingkirkan orang kuat Tun Mahathir sedangkan ia adalah proses menggabungkan muka lama dan baru agar Kabinet akan bertambah dinamik.

-Rekod kurang elok BN pd PRU-12. Kemuncaknya bila laporan suruhanjaya kes video lingam yang libatkan Tun sendiri.

(b) Kesan

- ada impak pd orang Melayu apatah lagi bila UMNO kalah di 6 kws (termasuk WP).

-Tun gagal cari pengaruh sebelum ini dan tindakan keluar parti sebagai cara terakhir.

-2-3 orang ahli UMNO keluar tak jejas 3 juta ahli lain.

-Ada eloknya dia keluar kerana menghentam parti dari dlm lebih besar bahaya berbanding dari luar.

-Ujian ini baik kepada UMNO dlm usaha bina kekuatan.

-Parti yang mengidolakan individu atau pemimpin boleh hancurkan parti itu sendiri.

-Inilah cara pembersihan yg terbaik yg ditakdirkan Tuhan.

-Orang bukan Melayu sebenarnya takut dgn ketidakstabilan parti Melayu.

-Sikap pembangkang ambil kesempatan perkara biasa tapi tidak ada makna jangka panjang.

-Tempoh 4 tahun sebelum PRU-13 cukup utk kembalikan kekuatan UMNO, BN.


Semoga 'kotoran' akan segera keluar dan memberi nafas baru kepada perjuangan UMNO agar bertahan dalam situasi mencabar ekoran serangan dari dalam dan luar ini.

Mungkin lagu warisan perlu dihayati selalu oleh kita semua agar sedar 'kita tiada masa lagi' dan jangan berpencak silat sesama bangsa sendiri kerana ia hanya merugikan Alif Ba Ta sahaja...



No comments: