Followers

Sunday, April 11, 2010

Petani Sayur Di Halau Bertani Oleh Pakatan Rakyat Haprak Selangor



Kambing Panggang Yang Di Jamu Kepada Hadirin
Mantap Tu..he he he


Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Dato Sri Noh Bin Omar
Merasmikan Mini Maha Bertempat di Kuala Kubu Baru
Hulu Selangor


Ribuan Rakyat Yang Hadir Termasuk Masyarakat Orang Asli
Sekitar Hulu Selangor


Lagu Negaraku Pemankin Semangat Kita Warganegara Malaysia


Peserta Di Kalangan Masyarakat Orang Asli Yang Terpilih Menerima
Inisiatif pembangunan Pertanian Dari Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani


Kumpulan Nasyid Memeriahkan Lagi Ekso Mini Maha


Dato Sri Noh Bin Omar menjamu selera bersama para
hadirin dan penduduk Hulu Selangor yang
Hadir ke Ekspo Mini Maha.

Malam Tadi bertempat di Kuala Kubu Baru Hulu Selangor, majlis perasmian Mini Maha di adakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang di rasmikan oleh Menteri bertanggungjawap Dato Sri Noh bin Omar.

Kehadiran Rakyat sekitar Hulu Selangor amatlah menggalakkan yang mana ramai di kalangan mereka yang hadir ini merupakan para Petani, dan juga Penternak. Malah ramai juga di kalangan anak anak muda yang hadir bagi mengambil peluang dalam mendapatkan pakej pakej pertanian dan penternakan yang di adakan.

Turut hadir di majlis berkenaan adalah Adun BN Kuala Kubu Y.B. Wong Koon Mun dan juga Y.B. Datuk Idris Abu Bakar Adun Hulu Bernam dan juga para pengarah dan ketua kementerian Pertanian.

Ucapan Dato Sri Noh bin Omar pada malam ekspo Mini Maha itu banyak menyentuh tentang peranan Kerajaan Malaysia yang membantu para petani, penternak dan juga Nelayan bagi memberikan mereka hasil pulangan yang lumayan dan seterusnya mengeluarkan Golongan ini dari senarai kemiskinan. Banyak usaha kerajaan yang membantu mereka ini berjaya sehingga ada di kalangan mereka ini dapat mengeksport hasil mereka ke pasaran antarabangsa.

Dalam ucapannya itu juga, Dato Sri Noh menemplak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang hanya pandai menabur janji indah semata mata namun tidak langsung membantu para petani, penternak dan juga Nelayan. malah mereka sebaliknya cuba menghapuskan mana mana petani yang menanam sayur di tanah terbiar. Hal ini amatlah Jijik memandangkan mereka tidak menggunakan tanah tersebut namun menghalau petani yang mengusahakan Tanah berkenaan bertahun lamanya.

Pakatan Rakyat menjanjikan kebajikan pada rakyat nya namun tidak ada langsung usaha bagi membantu rakyat Selangor itu. Bagaimana hendak memberikan kebajikan jika mereka semua sudah Tamak Haloba dalam meraih kekayaan Wang Rakyat Selangor.

Dato Noh menyeru kepada warga Hulu Selangor untuk berubah kepada kepimpinan yang membantu rakyat. Lihat sahaja Adun Adun BN dalam parlimen Hulu Selangor yang turun ke padang menjenguk rakyat. Pemimpin Pakatan Pembangkang? langsung tidak menjenguk malah Khalid Gagap tidak pernah menjenguk permasaalahan rakyat. Bila ada Pilihanraya Kecil barulah terhegeh hegeh nak turun jengok rakyat.

Ok....setakat ini sahaja, namun pada esok malam Gomo akan keluarkan satu artikel Pendedahan PANAS dari Adun Kuala Kubu Baru YB Wong Koon Mun dan juga pendedahan Dato Sri Noh yang berkisah PENAMPOR....

Harap Rakyat Hulu Selangor sedar akan hal ini.
Undi BN Bagi menjamin peningkatan hidup anda.

Psssttt..mantap esok..ha ha ha...cerita Penampor..

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



sumber : blog papagomo  

No comments: