1Israel adalah konsep yang dikatakan model kepada kewujudan gagasan 1Malaysia. Anwar Ibrahim menyifatkan 1Israel ditiru dari negara Zionis Israel hasil cadangan APCO yang menjadi penasihat kepada Kerajaan Israel (klik sini).
Sebelum membuat ulasan lanjut berkenaan 1Israel kita perlu mengetahui serba sedikit 'background' 1Israel sebelum membandingkannya dengan 1Malaysia. Jika tidak kita akan menjadi mangsa kepada 'fitnah politik' terbaru Anwar Ibrahim ini selepas isu Altantunya gagal menarik perhatian rakyat.
1Israel adalah sebuah Pakatan Parti Politik yang ditubuhkan oleh Ehud Barak ( pemimpin Parti Buruh ) pada 4 Mac 1999. Ia telah menggabungkan dua parti yang lain iaitu Parti Gesher ( pimpinan David Levy) dan Parti Meimed. Parti Buruh seiras dengan PKR manakala Parti Gesher boleh dikatakan seperti DAP dan Parti Meimed sebuah parti disukai golongan minat agama dan disokong pula oleh ulama Yahudi. Sama dan tidak ubah seperti PAS di Malaysia.
Apakah matlamat 1Israel ini ?
Tujuan 1Israel dibentuk ialah untuk memenangi pilihanraya umum Israel pada tahun Mei 1999.
Ia juga ditiru dari konsep yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Britai Tony Blair yang membuat transformasi dari Parti Buruh British kepada Parti Buruh Baru.
Tujuan 1Israel dilaksana untuk mengubah persepsi rakyat Israel terhadap Parti pimpinan Ehud Barak yang melihatnya sebagai sebuah parti elitis/ekslusif dan sekular. Beliau mahu Parti Buruh dilihat memperjuangkan keadilan untuk seluruh rakyat Israel.
Kerjasama yang dijalinkan antara Parti Buruh dengan Parti Gesher dan Meimed adalah untuk menarik golongan pengundi yang berlainan fahaman dan pandangan agar menyokong Pakatan 1Israel yang diperkenalkan oleh Ehud Barak. Sama di Malaysia iaitu PKR untuk golongan liberal, DAP untuk golongan chauvanis dan PAS untuk golongan agama.
Ini kerana sebilangan rakyat Israel menolak untuk mengundi Parti Buruh tetapi memilih untuk mengundi parti Gesher yang didominasi oleh Yahudi dari Timur Tengah dan Afrika Utara berbanding parti Buruh. Ini kerana Parti Buruh dianggotai oleh Yahudi yang datang dari Eropah. Manakala sebahagian yang lain (golongan ulama/agama) memilih untuk mengundi parti Meimed yang mana jumlah mereka adalah hampir 20% dari populasi rakyat Israel.
Namun pakatan 1Israel ini gagal untuk mendapat sokongan lebih besar pada pilihanraya 1999 dan hanya bertahan tidak sampai 2 tahun ia ditubuhkan.
Akhirnya secara rasmi pada 15 Mei 2001 ia dibubarkan kerana Parti Gesher telah mengambil keputusan untuk keluar dari Pakatan 1Israel ini kerana tindakan Ehud Barak menyertai Camp David Summit bersama Yasser Arafat pada tahun 2000. Jelas Parti Gesher sangat kuat perkauman dan keyahudiannya hingga sanggup membantah tindakan rundingan damai dengan keluar dari Pakatan politik tajaan Ehud Barak bernama 1Israel.
Selepas gagal membentuk kerajaan Ehud Barak telah disiasat kerana didakwa menerima wang dari luar melalui kumpulan tertentu sebagai penyumbang kepada dana pilihanraya beliau. Perkara yang sama mungkin akan terjadi kepada Anwar Ibrahim selepas ini.
Kesimpulannya :
1Israel adalah konsep yang dipraktikkan oleh Pakatan Rakyat bukan konsep yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Ab Razak menerusi 1Malaysia..
Jelas ia dipraktikkan oleh Anwar Ibrahim (bersama pemimpin Pakatan Rakyat ) yang boleh kita anggap sebagai watak Ehud Barak di Israel.
Tindakan memupuk persefahaman antara parti beraliran agama seperti PAS (klon Parti Meimed di Israel ) dan DAP ( klon Parti Gesher yang bertindak membantah perjanjian damai dengan Yaser Arafat atas sikap perkaumannya) adalah bukti yang sangat jelas bagaimana Anwar dan pemimpin parti Pakatan Rakyatlah yang meniru konsep 1Israel ini bukan Barisan Nasional melalui gagasan 1Malaysia.
Jelas bahawa perbezaan utama antara dua konsep ini iaitu 1Israel adalah konsep percantuman parti parti politik seperti Pakatan Rakyat manakala 1Malaysia adalah gagasan menyatukan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama tanpa melibatkan kerjasama antara parti politik untuk memenangi pilihanraya. .
Jelas Anwar Ibrahim terkeliru dengan tuduhan beliau bahawa 1Malaysia adalah hasil dari konsep diciplak dari 1Israel. Malangnya ramai tidak mengkaji perkara ini dan menerima bulat bulat pembohongan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim terhadap Kerajaan.
No comments:
Post a Comment