Followers

Saturday, January 10, 2009

PUM buat laporan polis terhadap Malaysiakini



Mohamad Hadi Ahmad Talhah (dua dari kiri) memegang salinan laporan polis manakala dari kiri, Wan Ahmad Faisal Wan Ahmad Kamal, Khairul Anwar Mustafa dan Ahmad Nazri Mohd. Noh memegang poster membantah laporan laman web Malaysiakini di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) hari ini membuat laporan polis terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan satu rencana yang menghina pemimpin Islam serta memperlekehkan usaha rakyat di negara ini memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang kini ditindas rejim Israel.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi PUM Cawangan Wilayah Persekutuan, Mohamad Hadi Ahmad Talhah di Balai Polis Brickfields di sini pada pukul 2 petang.

Turut disertakan dalam laporan tersebut, satu salinan rencana yang berjudul Abdullah's anti-Israel Posturing yang disiarkan dalam portal tersebut kelmarin.

Menurut Mohamad Hadi, rencana itu yang ternyata menyokong tindakan Israel telah mengguris hati serta membangkitkan kemarahan orang Islam.

''Berikutan itu, PUM meminta Malaysiakini supaya menarik semula rencana terbabit serta-merta dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

''Jika tidak, kami minta kerajaan bertindak tegas dengan menggantung atau menarik permit operasi portal berita berkenaan,'' katanya yang ditemui selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Kandungan rencana itu antara lain memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut disifatkan seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin.

Orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut.

Selain itu, ia juga mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu Palestin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika ditemui pejabatnya di sini, mengesahkan polis menerima laporan berkenaan.



Tok Janggut : Apa lagi yang dimahukan oleh puak puak anti Islam ni di Malaysia. Tak habis habis lagi nak ganggu dan kacau kita.

Tengok komen menarik Panglima di sini tentang wajah sebenar Malaysiakini :

Siapa di belakang portal Malaysiakini yang memperlekeh usaha negara bantu palestin ? 

sila lihat sini faktanya dan siarkan di blog2 sahabat semua demi agama bangsa dan negara...

Matlamat utama penajaan FNF adalah untuk mewujudkan konsep liberalisme di Malaysia. Aktivis PKR termasuk Jonson Chong, Dr Zaliha Mustafa, Cheah Kah Peng, Beh Lih Yi (Malaysiakini) turut ditaja oleh FNF untuk menjayakan konsep ini.

Kehadiran Beh Lih Yi mewakili Malaysiakini telah mengesahkan kaitan Anwar, PKR dan Malaysiakini berasaskan sumber penajaan yang sama.

Portal itu sendiri dalam artikelnya "Malaysiakini: Free or pay?" mengakui bahawa Malaysiakini ditaja oleh FNF, Asia Foundation dan Open Society Institute (OSI), milik George Soros. 

baca lanjut di sini:

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/dari-permatang-pauh-ke-putrajaya-anwar.html

No comments: