Followers

Thursday, October 9, 2008

Azmin Ali membela patung Anwar dan menyerang Mufti bakal berhenti - Dr Asri

Saya dan pimpinan serta ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat tidak pernah mendewakan pemimpin tertinggi kami. Sebaliknya kami menghormati seseorang tokoh itu berdasarkan idealisme dan prinsip yang didukung bersama. Prinsip dan idealisma perjuangan yang dipimpin oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim disambut baik oleh rakyat Malaysia yang mahukan agenda reformasi dalam sistem kenegaraan Malaysia ini dapat diterjemahkan secara aman, santun dan adil. Orang Cina dan India serta kaum-kaum yang lain yakin dengan kepimpinan DSAI. Keyakinan rakyat Malaysia ini berasaskan kepada kenyataan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin Islam Melayu yang mana aqidahnya mantap, Melayunya kuat tetapi pada masa yang sama beliau juga menghormati dan berlaku adil kepada kaum-kaum yang lain. Maka terbitlah rasa hormat dari orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan suku kaum yang lain terhadap DSAI. Malaysia hari ini memerlukan seorang pemimpin Islam Melayu yang bukan sahaja diterima baik oleh orang Melayu tetapi juga dihormati dan diyakini oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Keyakinan inilah yang akan menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Beberapa hari yang lalu, media tajaan UMNO cuba membuat provokasi lagi. Isu poster gergasi Anwar di Batu Caves digembar gemburkan sebagai patung. Saya terkilan kerana Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin turut senada dengan provokasi jahat UMNO dan media.

Pemasangan poster gergasi Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah hasil usaha dan kreativiti masyarakat di Batu Caves untuk menghargai sumbangan dan pengorbanan Anwar Ibrahim. Daripada maklumat yang saya perolehi, 'replika' setinggi 35 meter yang dimaksudkan bukanlah dibina secara tiga dimensi ( 3D ) seperti patung sebaliknya ia adalah berbentuk poster yang ditampal pada sekeping 'plywood'. Pemasangan dibuat 3 hari sebelum Eidul Fitr melalui saluran kelulusan yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Selayang. Di mana silapnya ? Kalau sebelum ini kita mempamirkan poster di kertas dan plastik, mengapa tidak di plywood ? Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa ianya adalah poster dan bukannya patung. Saya tidak akan berkompromi dalam perkara yang boleh memesongkan dan mengugat aqidah.

Kenyataan yang dibuat oleh seseorang Mufti amat penting kerana setiap kenyataan yang dizahirkan oleh seseorang Mufti akan mempengaruhi umat Islam. Sehubungan dengan itu, kenyataan mestilah dibuat secara cermat dan bijaksana berasaskan fakta yang jelas. Dalam konteks ini, Dr. Mohd Asri sekali lagi melatah ( seperti dalam banyak insiden yang lain sebelum ini ). Kalau beliau berminat dalam isu ini, Dr. Mohd Asri seharusnya turun ke Batu Caves dan dapatkan maklumat yang tepat dan jelas sebelum terburu buru membuat kenyataan. Jangan celaru !

Mufti Perlis seolah-olah tidak mempunyai isu lain untuk diperkatakan sedangkan dia boleh menyatakan pendirian beliau terhadap perkara-perkara pokok. Di manakah pendirian Dr. Mohd Asri dalam isu rasuah pemimpin-pemimpin negara yang menjadi barah dalam sistem pentadbiran Hadhari ? Apakah pendirian Mufti Perlis dalam isu jenayah besar yang mengaitkan pemimpin tertinggi UMNO ? Mengapa Dr. Mohd Asri membisu dalam menyatakan pendirian terhadap akta-akta yang zalim seperti ISA ? Mengapa Dr. Mohd Asri tidak mengasak budaya fitnah UMNO sehingga memecahkan perpaduan umat Islam ? Di mana suara Mufti Perlis dalam isu istiadat meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara yang disempurnakan oleh Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak ? Apakah Tugu Negara bukan patung ?

Dr. Mohd Asri lebih menumpukan perhatian kepada isu-isu sensasi seolah-olah ingin mencari populariti di dada akhbar. Media juga seolah-olah dapat menghidu 'kelebihan' Mufti Perlis ini. Setiap kali muncul isu sensasi tajaan UMNO, Dr. Mohd Asri menjadi buruan untuk mendapatkan 'fatwa'. Saya berharap andaian ini tidak benar. Saya juga berdoa semoga Dr. Mohd Asri akan terus membantu menjana kekuatan umat Islam melalui proses tarbiyyah yang syumul.



KOMEN :

- Azmin sudah tidak relevan juga kepada PKR. Desas desus menolak kepimpinannya oleh ahli PKR sendiri benar benar menguji sejauh mana kepimpinan Azmin yang digembur bakal TPM jika PR dapat memerintah Malaysia.

- Azmin juga dilihat muram dan tidak ceria menimbulkan persoalan kepada kita. Gambar gambar ( klik sini ) seolah olah menceritakan ada sesuatu di benak beliau yang menjadikannya barangkali sukar mengukir senyuman.

- Azmin juga dikhabarkan ada menulis perletakan jawatannya ( berita klik sini ) meskipun dipadamkan tidak lama selepas itu.

- Azmin juga dikatakan dimarahi Anwar semasa Pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Mungkin Azmin serba salah dalam menentukan hala tuju politiknya. Mungkin ada rakan rakan kita dapat memujuk Azmin kembali ke landasan perjuangan Umno ?


Ramai yang ingin keluar parti PKR pada hemat saya tetapi mereka malu dan segan. Mungkinkah Pak Lah dapat membuka jalan ke arah menerima mereka kembali seperti mana Nabi memaafkan semua bangsa Arab yang tidak beriman semasa menakluk kota Mekah ?


Moga perpaduan akan utuh berkekalan di negara kita selamanya...

1 comment:

MyIdea said...

Mcm mana pula dengan 'patung' wayang kulit?

Ia adalah sekeping belulang lembu yang telah diukir di atasnya gambar dewa atau watak2 dalam wayang kulit.

Tidakkah gambar penuh Anwar kemudian di ukir itu juga dipanggil patung?