Followers

Tuesday, October 21, 2008

Anak Tun Mahathir - Marina mengulas cerpen Chamil Wariya di blognya



1. Anak Tun Mahathir adalah penyokong Sister In Islam di Malaysia.Ia dapat dilihat buktinya di sini.

2. Beliau juga pendokong pluralisme - semua agama benar - di mana buktinya dapat kita lihat upacara multifaith doa selamat untuk Tun Mahathir telah dibuat oleh beliau dan perkara ini tidak menjadi isu atau diulas oleh mana mana individu. Baca di sini cerita lanjut upacara 'songsang' tersebut.

Program tersebut dimulakan dengan solat maghrib dan bacaan doa oleh Imam Feisal Abdul Rauf dan disusuli dengan bacaan doa mengikut adab agama masing-masing yang disertai oleh ;

1. Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia
2. Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers)
3. Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia
4. Buddhist community (TBC)
5. Sikh community (TBC)
6. Baha’i community (TBC)


3. Apabila timbul isu Cerpen YB Josopheine oleh Chamil Wariya, beliau telah mengulasnya di blog peribadi beliau sendiri di sini dengan tajuk : despicable.

4. Pemikiran beliau yang selari dengan fikrah Sister In Islam yang mana buku terbitan NGO tersebut banyak yang diharamkan KDN ( klik sini ) adalah bukti penyelewengan yang mereka bawa sehingga ia diharamkan dari beredar dalam pasaran setaraf dengan buku buku sesat yang lain dari dalam atau luar negara...Marina Mahathir juga sering dilihat bersama sama barisan pembangkang seperti berita di atas.

5. Portal Malaysiakini juga banyak mempromosikan Sister in Islam di mana liputan dan ruang sebaran berita dari SIS disiarkan.

6. Sister In Islam diasaskan oleh Imam wanita pertama di dunia yang muncul pada 19 Mac 2005 iaitu Dr. Aminah Wahdud, iaitu salah seorang pendokong Islam Liberal dan antara pengasas awal Sisters In Islam di Malaysia. Perkara ini dapat dilihat di Forum di sini.

Pada 23 Mac 2005, Sahabat karib Aminah Wahdud dan anak muridnya iaitu Masjaliza Hamzah dan Datin Paduka Marina Mahathir telah membuat satu lagi kejutan di akhbar Utusan Malaysia. Kedua – dua makhluk ini yang mewakili proksi masing – masing iaitu Sisters In Islam dan Majlis Aids Malaysia telah membuat kenyataan bersama 50 NGO, untuk mendesak Kerajaan agar tidak menggunakan undang-undang bagi mengawal masalah keruntuhan akhlak dalam Negara.

7. Sister in Islam juga NGO yang menjadi penyokong pembangkang ( lihat sini ) seperti Bar Council / Majlis Peguam yang banyak mengutarakan isu isu yang dibawa oleh pembangkang. Apatah lagi dengan sikap Liberal Anwar yang pro Amerika dan Islam Liberal maka mereka semua telah bersatu di belakang kepimpinan Pakatan Rakyat.

8. Sebab itu tidak peliklah jika golongan mazhab SIS ini tidak menutup kepala mereka yang tidak dikira antara aurat yang wajib ditutup oleh perempuan...Pendek kata jika Pengerusi Eksekutif tidak menutup aurat maka apakah ada lagi alasan selain ia didakwa tidak menjadi tuntutan agama seperti mana diperdebatkan juga oleh Raja Petra dalam Malaysia Today hingga menjadi debat isu tudung yang turun temurun menjadi pemakaian muslimah kita.

Lihat sendiri di sini gambar tersebut

9. Sejarah lanjut pengasas SIS lihat di sini dan anda boleh menambah sebanyak mungkin di kotak komen yang pasti akan disiarkan oleh saya dengan percuma !!!

No comments: