-Isu makanan anjing salahkan Utusan.
Kena ISA pun disalahkan Utusan.
Adakah tidak ada akhbar lain selain akhbar Melayu Utusan ?
Adakah Teresa benci sangat orang Melayu sehingga akhbar Melayu pun dibenci juga ?
Baru keluar ISA masih lagi bongkak. Dan menghina makanan penjara dengan menyamakannya sama makanan anjing.
Walhal anjing pun tidak makan telur rebus. Anjing jenis apa ?
Teresa patut dipecat sahaja. Dan dibuang warganegara.
Baru aman dunia kita negara berbilang bangsa seperti Malaysia....
( Melayu Cina dan India ) .
Di bawah kenyataannya yang 'sangat bongkak' ini
Saman: Teresa cabar Utusan
SHAH ALAM 24 Sept. – Exco kerajaan Selangor, Teresa Kok terus mendakwa dirinya tidak pernah melakukan kesalahan terhadap Utusan Malaysia, sebaliknya mencabar akhbar itu menyamannya jika ia mempunyai bukti untuk berbuat demikian.
Katanya, beliau tidak sedikit pun berasa gentar kerana beranggapan akhbar berkenaan tidak mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.
“Kalau mereka (Utusan Malaysia) ada kes, samanlah tapi berdasarkan apa?
“Berdasarkan perkara yang tidak dibuat... yang saya tidak buat langsung,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco Selangor di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggesa Utusan Malaysia menyamannya kerana membuat pelbagai tuduhan tidak benar terhadap akhbar itu.
Menurut para pemimpin berkenaan, langkah tersebut wajar kerana tuduhan Ahli Parlimen Seputeh merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu bahawa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya pada 19 September lalu adalah serius dan telah menjejaskan kredibiliti akhbar berkenaan.
Teresa memberitahu, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan pihak-pihak lain yang menyebabkannya ditahan di bawah ISA pada 12 September lalu.
No comments:
Post a Comment