Followers

Monday, September 29, 2008

PKR pecat Zul Hassan kerana mengaku ?

Saya terlebih dahulu menerima baik keputusan memecat ahli PKR yang mengaku menerima habuan seks dan telah menyamakannya sebagai satu sedekah yang tidak dapat ditolak. Ekoran kenyataan tersebut kes beliau disentuh oleh pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa agama Islam termasuk Mufti Perak dan juga Mufti Perlis.

Dalam laporan Utusan Malaysia yang juga dipetik dari BERNAMA, Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) melakukan perbuatan itu dengan seorang wanita dari China, disaran supaya bertaubat.

Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin, yang terkejut dan kesal dengan kenyataan itu berkata, sebagai orang Islam, Zul seharusnya faham dan sedar ungkapan yang digunakan itu secara terang telah memalukan umat Islam.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau juga meminta ulama khususnya daripada Pas memberikan nasihat dan mentarbiyyah Zul.

“Janganlah pula selepas ini ulama-ulama Pas mencari dalil dan alasan untuk menutup perkara berkenaan,” katanya.

Selain itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria sebelumnya pernah berkata bahawa kenyataan Zul itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama selain merupakan satu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan.

Yang malangnya beliau iaitu Zul Hassan -  anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat kenyataan tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan itu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap orang tertentu yang kononnya telah memfitnah, menghina dan menganiaya beliau kerana mendakwa dia terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China itu.

Sekarang sudah jelaslah menerusi tindakan pemecatan tersebut bahawa jelas beliau sudah melakukan kesalahan samada kesalahan mengaku menerima habuan seks atau kesalahan mengaku hingga mencemarkan nama baik Pakatan Rakyat yang terlalu suci dari dikaitkan dengan perbuatan kurang ajar sepertinya. Yang berani menyamakan sedekah dengan zina dengan wanita yang bukan isterinya...

Satu lagi 'bisul' telah pecah dan satu persatu akan meletup rasanya. Apakah ini kesudahan kepada Pakatan Rakyat yang tidak dapat mengawal ahlinya sehingga bukan Zul Hasan sahaja membuat perbuatan tidak bermoral, bahkan termasuk juga Teresa Kok yang juga menipu dan Tian Chua yang melulu menetapkan tarikh 1 Oktober sehingga dinafikan Anwar Ibrahim. Bukankah ia juga satu kesalahan moral kerana menipu rakyat ? 

Jika Zul Hassan membuat kesalahan tidak bermoral dipecat maka PKR perlu mendesak Teresa turut dipecat ekoran keterlanjurannya mengutuk makanan penjara seperti makanan anjing dan juga Lim Kit Siang yang menipu bahawa akhbar Melayu tidak menyiarkan berita permohonan maaf TPM isu Datuk Ahmad yang dikatakan menghina bangsa Cina. Sedangkan ia tidak begitu. Juga Tian Chua yang tidak pandai menerangkan sehingga berita 1 Oktober heboh seluruh negara sedangkan ia tidak diarahkan oleh Anwar Ibrahim malah menafikan dakwaan tarikh tersebut.

Apakah jenis bisul akan 'meletup' selepas ini, sama samalah kita tunggu.




No comments: