Followers

Sunday, September 21, 2008

Orang Kelantan sudah mula marah Tok Guru mereka - Ramly Ab Halim

WARTAWAN TAIK ANJE

KEMBALI dari sembahyang sunat terawikh di Mesjid Kampung Sireh bersama anak bongsu saya malam tadi dan ketika bersiap-siap untuk menonton perlawanan gusti di TV3, saya dikejutkan dengan berkumandangnya lagu Suara Kekasih nyanyian Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim yang saya jadikan nada dering telefon bimbit saya.
Kerana menyangka panggilan itu datang dari bakal pembeli biji benih sawit atau bakal pembeli palm wax (sisa sawit untuk dijadikan lilin) saya menjawabnya walaupun anak bongsu saya mengerling marah kerana dia tahu bila telefon berbunyi, tentu ada urusan yang menyebabkan dia akan saya ditinggalkan menyaksi perlawan gusti seorang diri.
Sebagai perempuan, mama dan kakaknya tidak akan temaninya menonton gusti yang lasak dan tidak sesuai untuk tontonan orang perempuan. Anak bongsu saya yang walaupun baru berusia sembilan tahun tetapi pemikiran agak dewasa kerana dia suka membaca, termasuk akhbar dan majalah untuk orang dewasa serta gemar bertumas depan tv adalah merupakan antara anak paling rapat dan paling manja dengan saya.
Kebetulan saya pula kini sedang menguruskan perbekalan (atas permintaan} palm wax ke Mumbay (India) dan juga turut menguruskan pembekalan biji benih sawit kepada beberapa orang pembeli yang memerlukan bekalan 14 juta biji dalam tempoh empat tahun di samping turut diberi kepercayaan mempromosikan pasaran baja untuk getah, kelapa sawit, padi, dokong, limau, salak dan sebagainya.
"Boleh keluar sekejap" minta pemanggil.
"Tengah malam dah ni" dalih saya.
"Saya nak jumpa juga. Kalau tidak saya tak boleh tidur"
"Bakpo pulok?" soal saya.
"Ada benda yang nak saya tanya awak dan awak kena jawab"
Saya tak ada alasan untuk menolak dan terpaksa keluar dan peri ke sebuah warung tempat pemanggil itu menunggu saya. Beliau adalah orang Pas yang cukup aktif pada era Allahyarham Datuk Haji Muhammad Nasir.
Kami sama-sama pernah berguru ala kadar tentang politik dengan Allahyarham Datuk Haji Muhammad Nasir. Tetapi bila ada apa-apa kemusykilan, lazimnya Datuk Muhammad Nasir minta beliau bertanya saya saja, katanya padam Meli jah jawab.
Kebetulan sejak sekolah lagi saya suka membaca, adalah perngtahuan sikit tentang banyak perkara termasuk hal ehwal semasa. Dia pula pantang pegang akhbar, buku atau majalah, cepat benar tertidur. Dia sering kata kalu dia payah tidur, dia akan baca akhbar, majalah atau buku, maka dia akan tidur dengan mudah.
Terbukti apa yang sedang berlaku dalam Pas ekoran dari projek 916 yang gagal, menarik perhatiannya. Di berpihak kepada Datuk Mustapha Ali dan beliau tidak setuju Pas terlibat dalam projek 916 Anwar Ibrahim, apatah lagi berusaha untuk mengangkat Anwar jadi PM.
Katanya dari Anwar jadi PM baik kekalkan Pak Lah. Kalau nak tukar PM sungguh, kena pilih antara Haji Hadi dengan Ustaz Nik Aziz. Baginya Pak Lah dengan Anwar rupanya sahaja berbeza tetapi fikrah dan hala tuju politik keduanya tetap sama. Pun baginya lebih baik Pak Lah lagi kerana titihnya.
"Tapi Tok Guru Nik Aziz nampak mahukan Anwar jadi PM" getus saya.
"Tok Guru Nik Aziz?" soalnya. Nadanya agak tinggi.
Kononnya tujuan dia mahu berjumpa saya pun kerana mahu tanya tentang gelaran 'Tok Guru' untuk Tok Guru Nik Aziz. Katanya gelaran 'tok guru' adalah untuk guru yang mengajar pondok macam Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah, Tok Guru Haji Hashim Pasir Tumbuh, Tok Guru Pondok Sungai Durian dan lain-lain.
"Ustaz Nik Aziz mengajar pondok mana?" soalnya. Saya hanya diam. "Haji Hadi saya rasa ada pondok di Rusila. Dia mengajar pondok ke tidak tak tau 'lah. Tapi saya tak pernah sebut dia dengan Tok Guru Haji Hadi, saya panggil dia Haji Hadi, Ustaz Haji Hadi" tokoknya. "Seingat saya Ustaz Nik Aziz pernah mengajar kelas dewasa, dulu orang panggil sekolah buta" tokoknya lagi.
Saya terus diam. Dia seterusnya menyebut bahawa Tok Guru Haji Harun Sulong memang boleh dipanggi tok guru kerana dia ada pondok dan mengajar di pondoknya di Repek, Tok Guru Haji Zakaria Meranti pun ada pondok dan mengajar pondok, Tok Guru Haji Hassan ada pondok dan mengajar pondok, Tok Guru Yahya Junid ada pondok dan mengajar pondok.
"Ustaz Nik Aziz mengajar pondok mana? Darul Anwar Pulau Melaka sekolah agama, bukannya pondok. Kerana di statuskan sebagai tok guru 'lah kadang-kadang Ustaz Nik Aziz bila bercakap banyak sangattepuh tebing, banyak meraban, orang lain kena ikut dan dengar dia belaka. Bagi saya dia hanya layak dipanggil ustaz, bukannya tok guru" syarahnya.
"Banyak masanya dihabiskan untuk berpolitik, berceramah atau memberi kuliah. Antara berceramah, berkuliah dengan mengajar tak serupa. Sebab itu mufti-mufti pun orang tak panggil tok guru. Tokoh-tokoh agama hebat seperti Datuk Dr Mahmud Zuhdi, Datuk Hashim Yahya orang tak panggil tol guru. Bakpo Ustaz Nik Aziz digezet nah dengan gelaran tok guru? Kalau untuk tujuan politik, salah gunalah namanya" bebelnya. Saya hanya melepaskan keluhan.
"Kalau nak kata Ustaz Nik Aziz alim, apakah orang macam Mahmud Zuhdi, Hashim Yahya dan mufti-mufti tak alim. Kalau Ustaz Nik Aziz alim sungguh bakpo nyo gi sokong Anwar hak nak jjatuh kerajaan hak rakyat pilih dalam pilihanraya. Pak Lah dengan kerajaan pimpinannya sesat setara mana menah yang membolehkan dari segi hukumnya maka halal dikhianati dan dimusnahkannya sedangkan mentaati ulil-amri tu dituntut dalam Islam" syarahnya.
Dia juga memberitahu bahawa menantu MB yang bekerja di Perbadanan Menteri Besar dan disiasat BPR tidak lagi bekerja di samping seorang pegawai di perbadanan berkenaan yang menyarankan agar jalur gemilang dikibarkan secara terbalik sempena perayaan hari kebangsaan baru-baru kena tahan.
Dia juga kata pembangunan ladang rakyat dilakukan oleh bukan Melayu serta kebanyakan tanah milik Melayu dalam kawasan Kota Bahru sudah bertukar milik, malah sistem kena beri komisyen bagi urusan yang membabitkan pembayaran berlaku di mana-mana sedangkan Ustaz Nik Aziz kata urusan dengan kerajaan tak ada TOL, tak ada duit kopi atau istilah undertable.
Bila saya kata saya tidak ada maklumat mengenainya, dengan marah dia bekata: "wartawan taik anje. Hak jjadi depan mata pun tak tau. Orang macam mu ni'lah ikut orang kata, mudah ccayo belako. Anwar kata kerajaan akan tumbe pada 16 September ccayo bulat-bulat. Lepas 16 September, bila pulok nak tukar kerajaan, tuiiiiii!" seranahnya dan dia bangun meninggalkan saya sendiri.
Mujurlah dalam kocek ada sedikit duit, kalau tidak macam mana saya nak bayar minuman dan harga 'colek mamalah' yang dipesan dan ditanderahnya, tentu boleh malu saya dibuatnya.
Sebenarnya saya tidak banyak ambil tahu tentang banyak perkara akhir-akhir ini kerana masa lebih ditumpukan kepada urusan pembekalan biji benih kelapa sawit, palm wax dan penyusunan petugas bagi petugas yang baru diambil utuk memulakan prnerbitan majalah WASILATUL-UMMAH (2x sebulan) yang permitnya baru diluluskan oleh KDN.
Cadangnya bila perniagaan sudah teguh dan simpanan sudah banyak, barulah nak aktif berpolitik. Selagi perniagaan tidak stabil dan tidak ada wang simpanan yang mencukupi saya tidak akan aktif berpolitik.
Mahu tidak mahu saya akan kekal sebagai WARTAWAN TAIK ANJE macam seranah kawan saya yang call saya nak jumpa tapi akhirnya tinggalkan saya dalam keadaan marah kerana saya tidak mampu memenuhi hajatnya yang saya sendiri kurang pasti apa hajat dan tujuan sebenarnya.

No comments: