Followers

Thursday, August 7, 2008

Suara Hati Penyokong Pak Lah di Petisyen Online Sokong Pak Lah sebagai PM !

I heart Pak Lah by SiPM.


Petisyen Online boleh ditandatangani di sini :

http://www.thepetitionsite.com/1/petisyen-online-sokong-pak-lah-sebagai-pm




Yang menariknya ialah komen panjang lebar rakyat Malaysia mempertahankan Pak Lah di samping anak anak pencacai pembangkang yang tak faham petisyen dibuat untuk mempertahankan Pak Lah , bukan mengutuknya; turut datang menyibuk. Mereka turut menyokong sebenarnya ( jika difahami dengan tandatangan mereka ) walaupun dengan komen yang amat bisa dibaca.

namun bukan itu fakta yang ingin diketengahkan di sini tetapi sedikit komen jujur lagi ikhlas di Petisyen tersebut.

Kenapa baru 36 orang mengisinya ? kerana ia melambangkan ( bagi saya ) sikap telus mencari yang benar benar ikhlas bukan mencipta komen komen palsu lagi bidaah untuk syok sendiri yang mana hakikatnya dihasilkan oleh seorang sahaja....

Bacalah komen menyentuh jiwa tersebut :



# 17: 3:14 am PDT, Jun 21, Muiz Roslin, Malaysia

reply saya kepada manusia2 di friedster yang menghina kepimpinan dan keperibadian Paklah, http://www.friendster.com/group-discussion/index.php?t=msg&th=1925364&start=0&

subahanAllah.

saya sebenarnya sudah lama pun menyaksikan video2 menjatuhkan aib paklah dan beribu video lain yang diterbitkan manusia berhati busuk di youtube serta dimerata-rata laman termasuk disini dan alhamdulillah, di sana juga saya sempat mempertahankan apa yang saya rasa benar. sebelum apa2 pun yang terjadi, ingin saya tegaskan disini, paklah, merupakan manusia biasa yang punya cacat celanya. punya nafsu, punya perasaan, tahu rasa penat, sudah berumur, dan merupakan PERDANA MENTERI kita. manusia yang berhati busuk dan berakhlak hina sahaja yang sanggup membuka aib pemimpinnya. tidak habis2 dikatakan nanti, ditanya pula, apakah hukum setia kepada pemimpin yang menzalimi rakyatnya? sebelum saya jawab, saya nak tanya, siapa yang menzalimi siapa? apakah yang terlalu hina sangat yang telah paklah lakukan kepada rakyatnya? apakah perkara zalim yang telah dibuat paklah keatas rakyatnya? sudahlah tidak hormat padanya, tidak setia pada dia, tidak sokong apa yang dinisiatifnya, malah dihina, dicaci, difitnah, dikeji, dilemparka kata2 dusta, kata2 tipu, kata2 jahat, oleh bibir si pendusta dan si manusia berhati busuk.

jawapan kepada tuduhan kezaliman kerajaan terhadap rakyat dan kononnya duit2 dari petronas masuk kepoket paklah: pada malam 17jun2008, Tan Sri Hassan Merican, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliem Nasional Berhad(Petronas) menjawab kenapa kerajaan menaikkan harga minyak. sejak penubuhan petronas, jumlah keseluruhan keuntungannya ialah 570billion ringgit malaysia. jumlah yang telahpun diberikan kepada kerajaan sejak 1978 kesemuanya lebih kurang 330billion ringgiot malaysia. manusia berbibir hina akan tanya kemana 330 billion itu pergi. satu teori ialah ia pergi kepoket pakalah,kj atau najib.

JAWAPAN YANG TEPAT-SEJAK DARI 1987 LAGI KERAJAAN MALAYSIA TELAH MEMBERI SUBSIDI ATAS DIVIDEN YANG TELAH DIBERIKAN PETRONAS YANG BERJUMLAH 330BILLION itu atas alasan kenaikan mendadak harga minyak ketika itu yang tidak boleh ditanggung oleh rakyat. cuba kita hitung dari 1987 hingga sekarang, dah berapa lama subsidi diberikan kerajaan? selama 21 tahun lamanya. pada tahun lepas sahaja, berapakah jumlah susidi yang telah dibelanjakan kerajaan untuk minyak sahaja? 47billion. cuba pula kita kira, minyak dunia cecah 100us dollar setong, bermula sejak 2001(september11), kita kira ya, 47billion x7tahun berapa jumlahnya? 329billion. itu kalau kita mula kira jumlah subsidi minyak sejak dari tahun2001 sahaja. kalau kita kira jumlah dari mulanya subsidi diberikan,paling kurang setiap tahun mestilah dalam purata 5-25billion(sebelum2001). berapa semuanya? tak terkira bukan? hancur lebur 330billion duit petronas itu untuk 7tahun sahaja saudarA2 sekalian... malah ingin ditanya pula dari mana kerajaan dapat duit bina lebuhraya,jalanraya,sekolah,jabatankerajaan,universiti2,muzi um2,tempat2rekreasi,putrajaya,cyberjaya,koridor2ekonomi pembangunan,duit gaji kakitangan kerajaan,subsidi barangan kawalan,maintenance building2 bersejarah,saluran kepada PNB,KWSP,TAGUNGHAJI,BANKRAKYAT,UNIVERISTI2,PEJABAT2PBT,KERAJ AAN2 NEGERI,KEMENTERIAN2,YURAN2 SEKOLAH FREE,BUKUTEKS FREE,DAN TAK TERKIRA Lagi bukan?

senang kira gaji kakitangan awam sahajalah,gaji pokok purata seorang rm1000(taktermasuk elaun2)yang pelbagai jika seorang dianggar rm1000 sahaja, jumlah kakitangan awam ialah1.2juta, kita kira sama2 ya, rm1000x1200000=berapa jumlahnya? jawapannya ialah rm1.2billion. itu kalau seorang rm1000. tapi yang jelas dan nyata, itu bukan realiti. gaji kakitangan kerajaan yang mula bekerja mengikut ijazah, bermula dengan rm2800 tak termasuk elaun2 yang pelbagai. cuba pula anda kira! tak pulak kita kira pekerja2 veteran yang gajinya tinggi tapi produktiviti hancur. tak pula kita kira pencen2 manusia2 yang telah bersara atau meninggal dunia. kiralah berapa banyak.

kembali kepada petronas, jika anda ingin persoalkan petronas pula apa yang petronas dah tolong rakyat. berpuluh ribu anak2 muda malaysia ditaja petronas belajar diluar negara. iklan2 menyatupadu rakyat tipa2 kali ada sambutan perayaan di televisyen itu, sapa punya syarikat? kos iklan ditv sahaja, 3minit iklan selama 2 minggu, mencecah rm150ribu. cuba anda kira lagi berapa banyaknya iklan petronas yang bermotif menyatu padukan rakyat yang telah diterbit petronas dan berpa banyak kali ia telah disiarkan di televisyen. lepas tu, kita ada pula kereta f1 bmwsauberpetronas. sebagai rakyat malaysia, sepatutnya kita berbangga dengan wujudnya petronas dalam perlumbaan berprestij dunia itu. bukan sahaj ia menaikkan nama malaysia, ia juga menaikkan nama petronas walhal memudahkan petronas untuk beroperasi diluar negara serta dikenali kerajaan2 dunia langsungnya aktiviti2 carigali petroleum diluar negara semakin mudah tanpa telalu banyak birokrasi memandangkan imej peronas yang ada akauntabiliti.

tapi takpelah, saya doa supaya paklah sabar dan dapat mengatasi masalah2 besar negara dengan tenang dan cekal. insyaAllah, Allah memberkati hamba2Nya yang sabar. saya harap nanti, prime minister in waiting kita, DSAI, dapat menunjukkan sikap yang lebih baik dari paklah atau terus menjadi manusia yang benar2 sempurna dan perfect segala seginya serta tidak sekali melakukan kesalahan atau polisi serta dasar2 yang dikatakan menzalimi rakyat, mengotakan janji2nya, serta memutuskan hubungannya dengan yahudi dan amerika syarikat yang membantunya selama ini.

catatan sejarah; Allahyarham Saddam Hussien(sunnah) merupakan tali barut amerika syarikat sebelum dan ketika perang teluk Iran-Iraq-Kuwait tidak lama masa dahulu.. Iran(Syiah) juga ketika itu belum lagi mengalami transisi revolusi Islamnya. Kuwait(kurdis) pula ketika itu merupakan negara berpenduduk kurdis yang berjumlah kurang tidak besar juga jumlahnya. ingin SEKALI dicatat disini, IRAN KETIKA ITU, JUGA MERUPAKAN TALI BARUT AMERIKA SYARIKAT. KUWAIT KETIKA ITU JUGA MERUPAKAN TALI BARUT AMERIKA SYARIKAT. iRAQ JUGA SEPERTI SEDIA MAKLUM MERUPAKAN ANTARA TALI BARUT TERKUAT AMERIKA DIASIA BARAT PADA KETIKA ITU. yang berperang ialah kuwait menetang iraq dan iran menetang iraq. kuwait dan iran tidak berperang menentang satu sama lain. yang sinikal ialah, ketika itu, iraq dibekalkan senjata oleh amerika. ketika itu, iran dibekalkan senjata oleh amerika. ketika itu, kuwait dibekalkan senjata oleh amerika. sinikal bukan? amat sinikal bagaimana negara2 Islam ini bergaduh kerana fahaman agama berbeza, walhal dibekalkan senjata oleh kaffir yang dianggap kawan baik. senjata dibekalkan untuk kejatuhan Islam. malah sebenarnya bukan senjata sahaja, jumlah wang yang disalurkan juga boleh gelap mata kalau takda iman. namun sekarang apa jadi kepada tali barutnya itu? apa jadi kepada manusia yang bersekongkol dengan negara hebat itu?

apa jadi kepada nyawa saddam hussien? karektor saddam yang boleh dibanggakan ialah perassan kasihnya kepada penduduk palestin yang akhirnya membuatnya berpaling tadah daripada tUnduk kepada amerika dan arwah juga penentang keras israel yang dengan itu merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima yahudi malah amerika sendiri lalu memnyebabkan ia dijatuhkan. disini saya pasti akan ada reply2 dari insan2 hebat yang akan menidakkan status hubungan DSAI dengan mana2 negara luar. tahukah anda tentang mr. paul wolfowitz? beliau merupakan bekas presiden bank dunia. beliau merupakan sahabat baik DSAI dan mereka mula kenal rapat ketika kedua2 tokoh menjadi duta besar negara masing2 di indonesia. walhal tahukan saudara2 hebat sekalian tentang jawatan DSAI di bank dunia ketika paul wolfowitz menjadi presiden bank dunia yang dilantik(secara peribadi oleh paul wolfowitz)? disni ingin saya tolak keinginan saya untuk mendedahkan lagi kebenaran kepada anda2 semua tentang DSAI namun saya tak tergamak kerana menjatuhkan aib manusia lain itu berdosa besar dan saya tidak mahu pula nanti aib saya dijatuhkan manusia lain. walhal, beliau merupakan prime minister in waiting, jadi saya haruslah menunjukkan taat setia saya padanya nanti dan respect dan setia padanya yang merupakan pemimpin bangsa malaysia.

cuma ingin dicatat juga, Allahyarham saddam hussien dijatuhkan amerika dengan alasan beliau mempunyai kaitan dengan alqaeda, yang sehingga kini tidak dapat dibuktikan oleh siapa2 pun walhal central intelligence agency(cia) dan federal beaureu intelligence(fbi) juga mengesahkan bahawa arwah saddam tidak ada kena mengena dengan alqaeda. lalu digunakan pula alasan membawa demokrasi. dan seperti yang kita sedia maklum, dewasa ini, kita mula dengar berita2 dari luar tentang tuduhan penglibatan rakyat malaysia dlm pengeboman di srilanka colombo. dan pergerakan di malaysia yng jelas punyai ikatan dengan pengganas dinegara tersebut ialah? anda sendiri tahu bukan? kita fikir sendiri dan tafsir sendiri. apa yang jelas, malaysia tidak terikat dengan israel dan tidak mungkin akan terikat dengan israel dibawah pemerintahan barisan nasional. malah dengan amerika syarikat juga hubungan malaysia agak suam2 kuku. masakan perjanjian kapitalis FREE TRADE AGREEMENT(FTA) antara malaysia-us yang akan dimanipulasi amerika susah sangat diluluskan mahupun dipersetujui kementerian perdangan malaysia? walhal malaysia juga tiada hutang dengan bank dunia mahupun international maneytary fund(IMF) malah external debt(hutang luar)malaysia terlalu sedikit iaitu antara lain dengan russia atas pembelian senjata2 pertahanan negara.

umum tahu bahawa IMF dan bank dunia merupakan antara alat amerika dan yahudi untuk memanipulasi dunia. antara legasi dr. mahathir yang saya banggakan dan alhamdulillah diteruskan oleh kerajaan paklah ialah sikap tidak bertolak ansur dengan yahudi dan amerika syarikat. walhal prime minister in waiting kita itu terlalu banyak ikatan dengan bank dunia mahupun amerika syarikat secara langsng dan tidak langsung. masakan ketika beliau memegang jawatan dpm dahulu, ketika lawatan hormatnya ke us, dijemput oleh presidennya di airport lalu digulingkan juga permaidani merah untuknya, satu gesture oleh amerika yang hanya dilakukan terhadap israel,britain sekutunya arab saudi. dan terakhir sekali, ingin saya merayu, jangan ditolak bulat2 langsung penulisan saya ini kerana ia merupakan fakta yang kita semua harus sedar dan fahami lalu fikirkan secara rasional pihak mana yang betul.

malah, ilmu itu datang bersebab walahal dalam Taha[20:114], ALLAH SWT berfirman, Maka hanya tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi yang benar(pada segala-galanya) dan janganlah engkau (wahai Muahammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan Jibril kepadamu dan berdoalah dan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.



1 comment:

Anonymous said...

Sedih dan terharu !

ingat dulu orang menegakkan Islam awalnya tak ramai...

namun sedikit demi sedikit jadi ramai.

Kebenaran akan mengatasi kebatilan.

Tiada rotan akar pun berguna...

Tiada yang terbaik, yang baik pun ok.