Saya menemui artikel di Tranung Kite Online tentang hal ini ( gambar atas ). Ini merujuk kepada serangan bertali arus jentera siber BN/Kerajaan termasuk oleh pemimpin pemimpin UMNO terhadap blog blog pembangkang yang telah berjaya menggentarkan mereka. Sedangkan selama ini ia dibiarkan sahaja tanpa dijawab dengan cepat dan pantas oleh BN/ Kerajaan.
Statistik pengguna internet yang berjumlah kira kira 14 juta dari 29 juta rakyat Malaysia tentu membimbangkan kita. Jika serangan siber dan juga penerangan melalui laman internet tidak dilakukan, tidak mustahil rakyat akan didedahkan satu persepsi sahaja iaitu Kerajaan Tidak Amanah dan perlu dijatuhkan.
Rekaan bukti dan juga manipulasi oleh blogger pembangkang menambahkan lagi kekusutan pandangan rakyat yang mudah menerima asalkan blog itu terpapar gambar dan nama mereka. Penggunaan nama sebenar dan gambar sebenar dilihat oleh rakyat sebagai satu kaedah menaikkan reputasi mereka hingga bahan bahan disiarkan dikira sah dan layak dijadikan hujah.
Ini sebenarnya kurang tepat. Pendapat saya apa jua tulisan perlu dibaca dan ditapis. Tidak kira ia disiarkan oleh blogger bernama pena atau nama sebenar diri mereka. Kerana kita perlu berhati hati agar tidak akan mudah ditipu dan diperdaya dengan mainan politik murahan pembangkang yang sentiasa cuba mencari isu isu politik meskipun ia akan menjadikan perasaan kaum Melayu sukar dikawal lagi kerana marah hak hak mereka cuba diusik satu persatu oleh bangsa bukan Melayu di negara sendiri.
Kerana ada blogger menulis dengan fakta dan siap dengan gambar dan video, maka ia boleh diterima dengan penuh terbuka meskipun tanpa disebutkan nama dan no telefon miliknya. Yang penting isi yang baik dan tepat tentu menggambarkan kredibiliti blogger tersebut yang tentu sangat amanah di dalam menerima dan memaparkan bukti bagi menjaga nilai diri blognya yang jika sudah berjaya mencuri perhatian, tentu semakin ramai pengunjung akan sentiasa membaca apa apa yang ditulisnya.
Ini baru permulaan dan kita berdoa jaringan blogger pro kebenaran akan sentiasa kuat dan mantap dari semasa ke semasa.
Hidup Blogger Alif Ba Ta
No comments:
Post a Comment