Followers

Wednesday, August 20, 2008

Bila Anwar mencari simpati dengan sakit belakang dan tiada wang !

Anwar memang pandai. Dia akan menggunakan politik simpati dan juga meraih belas kasihan selepas didedahkan satu persatu pembohongannya berkaitan cadangan menurunkan harga minyak dan juga bagaimana janji janji sebelum ini yang telah dipadamkan dengan bijak hasil strategi orang kananya dalam dan dari luar negara...

Anwar kata dia tidak ada wang untuk belanja penyokongnya minum air, dan terkini dia kata masih yakin menang walau sakit belakang.

10 tahun lepas dan 20 akan datang sekalipun macam itulah 'trend' Anwar mencari belas kasihan politik. Selepas dia mendapat sokongan dari 'segelintir' kafir harbi terdesak seperti parti DAP dan ahli PKR sendiri serta segelintir penyokong PAS yang 'gemarkan' publisiti dan kemasyhuran seperti Anwar, beliau terus meneruskan langkah ke hadapan dengan berbagai tipu helah.

Terkini beliau juga cuba menyakinkan pengundi permatang pauh dengan gambar kawan kawannya dari luar negara dan beliau sendiri diletakkan bersama kelompok pemimpin dunia tersebut di 'pajero' kempen beliau di sana. ( gambar dari Mstar Online )



Kesian Anwar kerana hari penamaan calon beliau sudah jelas dipinggirkan PAS di mana muktamar PAS masih lagi berlangsung 'sengaja atau tidak' tentu Hj Hadi lebih mengetahui keadaan tersebut. Hanya Husam Musa dan tokgurunya Nik Aziz sahaja sanggup bersusah payah mengiringi Anwar...Hj Hadi tiada dalam gambar dan dalam gerombolan penyokong PR di sana.

PAS boleh sahaja mengubah tarikh muktamar mereka namun Hj Hadi menggunakan secara 'kinayah' kejelekannya dengan perangai Anwar yang sudah mula sedikit demi sedikit mempengaruhi dengan tidak sengaja ahli ahli kanan PAS seperti Husam Musa dan juga bekas anak muridnya seperti Kamaruddin Jaafar yang kini menjadi S/U Agung PAS.

Adakah ' belas kasihan' akan diberikan kali ini sekali lagi oleh PAS dan juga pengundi Melayu yang majoriti berada di sana ?

Adakah Anwar akan kalah di P44 yang bermaksud ' pukul mati mati' ?

Adakah ada tokoh akan dinyahkan dari arena politik selepas bercita cita besar ingin menjadi PM di sana?

Moga kemerdekaan kali 51 akan lebih beerti dengan kemenangan kita di Permatang Pauh mengalahkan agen barat yang bertopengkan hak asasi dan kesamarataan sehingga menggugat kedaulatan Islam dan ketuanan Melayu di Malaysia dengan politik terdesaknya selaman ini.

Ayuh !!! kita gempur lagi ....

Lihat berita Anwar sakit belakang di sini

1 comment:

cubitsikit said...

AI ini memang pandai, dia pakai reverse pyscologi. Dia sengaja cakap macam tu, meraih simpati. Bila dia kata dia tidak cukup wang, jadi penyokong2 dia ingat dia memang tidak berkerjasama dengan US sebenarnya sebaliknya. Semua gimmick AI sendiri nak membelitkan lagi pemikiran penyokong2 dia. PAS ni kadang2 lucu. Malas nak comment pasal depa ni, malukan ugama aku aje. zzzzzzzzzzz