Followers

Sunday, August 24, 2008

ANWAR IBRAHIM KURANG AJAR - kerana tekanan hebat dari Amerika ???



Nampaknya, Anwar Ibrahim sudah mulai rasa tertekan dan panik. Dan biasanya, apabila seseorang itu tertekan, orang itu akan mula menunjukkan sikap sebenarnya dan terlepas perhitungan diri.

Inilah Anwar Ibrahim, calon PKR yang akan tumbang bersama-sama dongengan 16 Septembernya.

Istilah bangang, bahlol, bodoh, celaka dan sial telah digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kempennya pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar, yang terkenal dengan kepetahan berhujah dan berpidato terutama di zaman mudanya semasa memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), sebelum ini diketahui tidak pernah menggunakan perkataan kesat dan kasar seperti itu di khalayak ramai.

Kini beliau telah berubah dengan menggunakan perkataan seperti itu untuk menghidupkan ceramahnya.

Pada satu ceramah di Seberang Jaya baru-baru ini, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau telah berkata. “Orang Permatang Pauh ni lain sikit. Depa bukan boleh cakap lembut-lembut, nanti depa tak faham. “Nak bagi faham, kena cakap macam ini. Baru boleh faham,” katanya.

Baru boleh faham? Bangang, bahlol, bodoh dan celaka, baru penduduk Permatang Pauh baru faham?

Persoalannya, apakah orang penduduk Permatang Pauh begitu rendah dipandang Anwar Ibrahim sehinggakan perlu berkata-kata kesat?

Kami mengganggap bahawa Anwar Ibrahim sudah melampaui batas dan kurang ajar. Penduduk Permatang Pauh mempunyai maruah yang sangat tinggi dan tidak mahu orang yang biadap seperti Anwar Ibrahim!

sumber kempen : http://www.pp44.com.my/main.php

1 comment:

Unknown said...

Saya bersetuju dengan Tok janggut. Semoga Allah memberi kelebihan kpd orang orang yang betul- betul ikhlas dan benar.

Saya doakan yg terbaik kpd YB Arif dan semua yg menyokong beliau. Amin