Followers

Sunday, July 6, 2008

PKR sudah mula ' panas ' dengan serangan Ezam - Malaysiakini

AMK: Ezam dijangkiti sindrom 'politik munafik'
Jul 6, 08 1:40pm
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan Ezam Mohd Nor yang baru kembali ke Umno, sudah dijangkiti sindrom 'politik munafik' melalui kenyataan terbaru beliau yang semakin ligat mencabar PKR, khususnya Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kelihatan Ezam sudah semakin memainkan peranan beliau sebagai ahli Umno yang 'bersetia dan berkhidmat' di bawah juak politik Umno yang bankrap moral," kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mazli Saring.

ezam noorKatanya, rakyat tidak pernah lupa bagaimana Ezam (kiri) begitu agresif menyerang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu beliau berada dalam PKR dahulu.

"Malah, beliau sendiri merupakan individu yang bertanggungjawab mencabar Najib bersumpah dengan nama Allah sewaktu kes beberapa pimpinan PKR bertindak keluar parti menyertai Umno sejurus sebelum pilihanraya umum tahun 2004.

"Sehingga Ezam sanggup menawarkan dirinya bertanding di Parlimen Pekan pada ketika itu untuk mendedahkan kepincangan Najib," kata Mazli dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, katanya, kini segalanya berubah apabila Ezam akur menjadi "gurkha" Najib yang setia.

"Malah pujian melangit yang dibuat Ezam ke atas Najib sama seperti tindakan P Balasubramaniam yang membuat pusingan 'U-turn' terhadap akuan sumpah beliau.

"Cuma yang membezakan Ezam dan Bala, ialah Bala mendakwa beliau diugut dan ditekan. Tetapi Ezam melakukan sedemikian atas tawaran kedudukan dan jawatan," tambahnya.

Oleh itu, AMK secara terbuka ingin mencabar Ezam untuk turut sama bersumpah bahawa beliau tidak hadir dalam pertemuan Saiful Bukhari Azlan dengan Najib beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful 28 Jun lalu.

"Ezam juga dicabar bersumpah sama ada beliau tidak dijanjikan sebarang jawatan dan kedudukan sebagai 'upah' beliau memasuki semula Umno dan seolah-olah menjadi ayam sabung baru Umno serta gurkha politik kepada pemimpin yang bankrap moral.

"AMK menyarankan Ezam agar jangan bertindak seperti anjing menyalak bukit, kelak nanti ayam di tangan terlepas lalu tangan terpalit tahi," tegas Mazli.


Pendapat Blog Tok Janggut :

Anwar dan PKR sudah kena dan terasa hangat dengan isu isu yang ditimbulkan Ezam. Ini seolah oleh menafikan andaian sesetengah pihak yang sukar menerima kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO.. Bagaimanapun ternyata ia salah.

Satu persatu isu isu dibangkitkan Ezam di saat orang lain masih lena dalam mimpin sebagai Wakil Rakyat. Ya, Ezam tidak ada jawatan senanglah tugas dia, namun faktor keikhlasan berdebat dalam media dengan PKR menerusi pendedahan berani ternyata menakutkan AMK dan PKR sendiri.

Mereka sudah terasa bahayanya isu ini lebih lebih lagi kes liwat semakin memasuki pusingan keduanya di mana ANwar masih lagi sukar menjawab isu sumpah menafikan liwat walaupun Mufti Mufti termasuk Nik Aziz sendiri minta beliau bersumpah.

Namun hingga saat ini tiada lagi perancangan ke arah itu dan saya yakin Anwar tidak akan melakukannya...

Anda doalah biar kita sama sama menyekat kemaraan Anwar ke puncak putrajaya kerana sahabat beliau sendiri meminta dengan perkataan yang sama agar kita menyekat beliau dari menjadi PM dengan lompatan katak katak dari BN.


2 comments:

dak ajih said...

Aku nak tengok nanti bila PR rule the country, mana tempat lu wahai ezam. TUNGGU!

Unknown said...

hello, check Ezam's real attention of joining UMNO. He fought for Anwar's attention and he cant get thru' Azmin and he has no more money to fight with PKR......he wants UMNO's corrupted money..that's all he cares!!