Selepas Ezam memberitahu dunia dia telah kembali kepada parti UMNO, Anwar dijangka akan berbuat demikian selepas ini.. Pelik bin ajaib tetapi di dalam politik tidak ada benda ajaib bin pelik bin ganjil. Semua boleh terjadi walaupun ia tidak dijangka sedikitpun oleh anda semua. Lagi pelik ialah Penasihat PKR belum mendaftar sebagai ahli parti PKR sendiri !!
Anwar tetap dengan langkahnya ke Seri Perdana. Kemungkinan menjadi PM tetap menjadi cita cita utama Anwar. Ezam tidak akan dapat melawan Anwar berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruh Anwar yang sangat kuat mencengkam ke dalam hati hati ahli UMNO sekarang ini seperti yang diulas oleh penganalisa politik hari ini...
Cuma betulkah ia akan dapat dicapai dan dipersetujui Yang dipertuan Agong jika dipilih nanti ?
Kerana sejarah di Terengganu menunjukkan perkenan Sultan menjadi sangat bererti sehingga calon pilihan PM sendiri terpaksa akur dan tunduk kepada titah Seri Paduka dan akhirnya ia menunjukkan bahawa Raja kita masih lagi berdaulat dan disokong rakyat.
Meskipun selepas itu, kedaulatan Raja cuba disentuh oleh Karpal Singh dan dinafikannya selepas menerima peluru hidup, ia tetap relevan dengan demokrasi Raja Berparlimen dan mengingatkan kita semua bahawa Raja akan menjadi payung semua jenis golongan rakyat dari semua bangsa asalkan mereka berlaku adil kepada semua pihak dan disenangi rakyat.
Kita pasti langkah Anwar ke Seri Perdana akan digagalkan. Jika rakyat menolak tentu tidak ada sebab Raja akan menerima dan memberi perkenan kepada perlantikan Anwar sebagai Perdana Menteri selepas ini.
Atau adakah ini satu lagi perang saraf Anwar yang ' sukakan sensasi' dan liputan meluas seperti Paris Hilton, Britney Spears agar tetap 'diminati' ?
Mungkin ya mungkin tidak...
No comments:
Post a Comment